13 Jul 2012

blessed



seawal jam 8 lebih sedikit dia bergegas ke seminar journal reading prosthodontic. paling telat sampai. ingatkan mula jam 9. malu juga rasanya bila yang paling lambat dan terasa macam setiap audience memandang. pintu kat depan pula. kemudian, ke bangunan B (bahagian gigi anak) bertemu patient anak kecil usianya 8 tahun. cabut gigi. cabut gigi anak harus ada persediaan mental dan fizikal. skill memujuk dan membuang segala ekspresi yang ganas dan mengerikan depan mereka, menjadi polisi utama. harus berlagak comel dan lemah lembut. =P

akhirnya belanja ais krim selepas perawatan kalau tak nangis. hehe aduhai anak kecil...

ke bangunan D pula, patient rawatan akar sampai. rawatan ini perlu suntikan anesthetic. doktor yang bertugas tak datang, terus ke dokter ganti. 

bermula episod ketidaklancaran hari

dia lihat jam. hampir jam 11

"kamu yakin kamu bisa selesaikan hingga ukur panjang kerja dan reaming filing (5 steps) dalam masa sejam?"

hingga setengah jam bersoal jawab, lukis bentuk prepation sampai rasa otak pun dah panas kena kerah.

"saya sarankan awak tak kerja hari ini, tangguh hari lain je"

jam 1130. rehat jam 12.

fine ah. lenkali cakap la awal-awal memang tak nak bagi kerja (dalam hati)

dia terus ke bilik loker, menangis

ye weh, dia menangis.

hati tisu, nak buat macam mana.

bukan apa, patient itu datang dari jauh. dengan angkot. perjalanan hampir 2 jam. cuti hari khamis je. 2 minggu sebelum raya dah tak boleh datang dah. majikannya suruh jaga kedai baju raya. rawatan akar ini 5 minggu. target kali terakhir visit pesakit sudah sampai pengisian.

sebenarnya, kecewa seperti terkilannya siti dengan pembatalan konsert sami yusuf. dah teruja sejak dari minggu lepas. perawatan EV ah yang paling mencabar dan menarik! 

apa pun, selepas satu urusan, teruskan dengan urusan lain kan? 

dia pergi serahkan thesis yang dah dibukukan kepada supervisor. dengar supervisor membebel sebab lambat hantar. haha. doktor yang selalu takde sebab bizi, sejujurnya dia sayang sangat supervisornya yang ini, bebelannya macam nenek marah cucu. pemegang phD microbiology itu, haruslah membebel. (jarang dentist nak ambil bidang yang takde kaitan dengan clinical practice) harap sangat Allah kurniakan kesihatan yang baik buatnya, sudah agak berusia, sering juga sakit. 

bila supervisor dah habis membebel, 

"doc, doakanlah saya"

"iyaa, saya doakan kamu cepat habis, pulang ke malaysia, cepat bertemu jodoh, dan sukses ya"

:') makasih doc. *air mata bergenang*

selepas itu, minta tanda tangan doktor pembimbing journal reading untuk laporannya. daftar diskusi case di bahagian orthodontic, 

jumpa kerani periodontic atas urusan lain, jumpa doctor specialist perio untuk appointment diskusi bedah periodontic,

sedar-sedar, sudah jam 230. hujan begitu lebat di luar bangunan rumah sakit, dia tunggu sampai hujan berhenti. klinik sudah lama kosong. mungkin orang balik awal sebab hujan. bila sampai rumah sudah masuk asar, dia bersiap pergi klinik pakar kulit

ni ha, semacam eczema menyerang lagi di jari sampai kuku jadi pendek. sakit dan ada vesikel kecil dalam kuku. risau pula lama-lama kuku tercabut.

predesposing factor stress. tapi mungkin kerana allergen juga. riwayat ahli keluarga penghidap asma dan alergi. nak buat prick test untuk allergi, tapi mahal sangat lah pula. 

kerja doktor pakar ini macam senang je. consultation tak sampai 10 minit, belek-belek sikit tangan yang ada lesion tu sambil tulis prescription ubat. tetiba "okay, awak tunggu di luar ya ambil ubat". errr soalan pun tanya sikit je. ada guna detergent? ada tumbuh kat tempat lain? itu je kot soalannya, ye belajar jadi doktor susah.

dia risau doktor ni tak tanya soalan, dia tambah lagi

saya ada family yang asma dan alergi, pastu lesion ini timbul since beberapa minggu dah, 2-3 minggu rasanya. pastu saya ada letak krim XYZ dulu pernah di beri doktor tapi dah tak berkesan sekarang, dalam kuku ada vesicle kecil (takutlah dia tak perasan vesicle kecil tu), pastu lesion tak gatal, rasa pedih dan dia kering and shrink sampai tertarik dari kuku, sebab tu sakit. saya pakai gloves yang getah setiap hari (mungkin sebab serbuk dalam gloves ke), ini eczema ke? dulu pernah tumbuh di muka, sekarang tak boleh makan pakai tangan dah, sebab sakit kalau terkena makanan (pesakit annoying)

padahal doktor itu doktor pakar kot. saja nak tambah maklumat diri :P

di luar bilik dokter pakar itu, dia tersenyum satu sisi menghampiri ketawa kecil. sebab terasa macam

"aku nak anemnesis patient at least 8 point soalan kena tanya nak make sure diagnosis betul." sebab kalau diagnosis salah, treatment salah...fuu, jangan main-main

mungkin doktor pakar, lihat sekilas lesi di kulit, sudah tahu jenis penyakitnya. (lihat sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina).

ubat dan 50% consultation: 112 ribu. hailaaa~ tetiba dia rasa macam biar lah kuku tercabut. 112 ribu terbang dalam masa 10 minit? :D 

kalau kat malaysia boleh pergi klink biasa je. ini, sebab tak tahu mana klinik biasa yang dekat-dekat selain hospital

akhhirnya jam dah 530 nak dekat maghrib, depan klinik ada curry house. rindu makanan malaysia. =p
tanpa diduga, sudah duduk dan order roti naan dan ayam tandoori. yummmmyyyhhhh (entah bila nak mula program makanan sihat) rasanya punca penyakit dari pemakanan juga. haha

sampai rumah. dah malam dah.

cepat kan masa berlalu.

beberapa hari ini dia mungkin sering terasa terganggu, 

baru dia sedar kadang-kadang sebab terlalu tertumpu kepada perkara yang kita tak dapat atau perkara-perkara yang kita rasa tak seperti yang kita mahukan, ataupun sesuatu yang kita risau kan sangat-sangat, kita jadi lupa kasih sayang di sekeliling kita

orang-orang, perkara-perkara dan keadaan yang sebenarnya satu nikmat. nikmat Tuhanmu yang manakah lagi kamu nak dustakan?

kita tertumpu pada hujan lecak yang mengotorkan kain tapi sebenarnya, ada pelangi di langit untuk menceriakan hari kita dengan warnanya

ahhh tenang.....

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa cintaMu..
ya Allah...

*senyum*

semoga rasa ini kekal hingga hembusan nafas terakhir

Andai ada kata yang lebih baik 
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU

p/s: ya Allah sampaikanlah aku dan orang-orang yang baca ini kepada ramadhan.

4 comments:

arissa myana said...

amiiin utk doa di akhir post*
juga utk doa doc pembimbing**


Allah hu Allah....
mmg bila hati gembira, semua akan terasa lapang dan luas. dan yg control tu kita (though hakikatnya semua dari Allah)

hey, smoga ALlah kuatkan kamu. mmg sgt tak best dn frust bila things yg kita plan dn susun x go as accordingly.

tapi hanya Allah shj yg maha tahu, dan utk kita pula belajar utk lebih terbuka menerima juga menggantungkan harapan hanya pada Dia.

mish u la.
counting days utk tgu hari pulang ke Msia. moga Allah redha dan sampaikn kita semua pd Ramadhan :D

Liyana said...

munaaaa....
sebenarnya sejak kebelakangan ini takde mood nak bercakap sangat, including curhat atau tulis. but im happyy insyaALLAH

plus, dah masuk department oral medicine. masuk hospital balik..lepas klinik, pegi hospital. cape' jugak ah. balik dh penat n tidodododo

semoga Allah limpahkan dan curahkan kasih sayangNya sepanjang perjalanan anda di sana!

miss you too..tak sabar sgt nak balik jumpa org2 tersayang. visa xsettle lagi nih. tenang betul. harap2 dapat balik, tiket dh beli

sleepover lagi? :D

arissa myana said...

naaaaa

this time, at my place. moh ke ipoh weyyyhh...! hehe

(p/s: sndri pon x hade mood utk bbrapa prkara. tak faham)

Liyana said...

cuti sekejap sgt, kena ade alasan kukuh untuk diculik ke ipohh haha

p/s: syndrome suku abad mungkin? :s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...