27 May 2012

teguh



jam 3 pagi, alarm clock berbunyi. ada sms dari D,

"yana, ko dah tido ke? ayah FF meninggal, semua budak FK buat baca yasin kat rumah dia malam tadi"

bangun solat, aku lihat lagi sms itu lagi. ayahnya pergi mengejut. segala memori bersama berputar kembali. dia adalah sahabatku ketika di rumah kuning dulu. kami tinggal serumah. kamar bersebelahan. dulu kami saling mengejutkan antara satu sama lain untuk solat tahajud atau subuh. sering berkongsi cerita. teringat semua cerita tentang ayahnya walaupun dia kata dia tak manja dengan ayahnya. hakikatnya mereka rapat.

pagi itu, bergegas ke airport, takut tak sempat untuk bertemu. aku tak pasti bagaimana kondisinya ketika itu, tenang kah atau masih lagi belum stabil emosinya.

ternyata, wajahnya merah menahan tangis. kami berpelukan, "yana, ayah dah takde" dia terus menangis. aku juga dan teman yang lain.

banyak betul dugaanya untuk pulang hari itu, masalah imegresen, hingga harus ke lapangan terbang jakarta. tiket pagi itu terbakar begitu sahaja. mujur perjalanan ke jakarta tidak terlalu macet yang melampau (macet juga tapi tidak separah biasa)

dapat berita yang jenazah ayahnya tidak bisa pulang ke malaysia secepatnya (kerana ayahnya meninggal di luar negara).

aku tahu, pasti kusut fikirannya ketika itu. mahu pulang juga bermasalah, jenazah ayah tak boleh dikebumikan di tanah air.

tiket kapal terbang dalam masa terdekat habis.

Allahurabbi..jika aku ditempatnya, tak tahu bagaimana aku hadapi ini semua. adik-adik dan ibu bagaimana.

akhirnya dapat satu tiket jam 4 petang. itupun yang waiting list.

sementara menunggu, kami duduk dan dia tenang. penundaan waktu pulang untuk menenangkannya mungkin

"selama 23 tahun aku hidup apa yang aku dah beri pada dia (ayah)?"

sayu aku mendengarnya..

jika kita memandang kematian sebagai akhir kehidupan, kita akan menemui jalan buntu, tapi hakikatnya kematian adalah permulaan kepada kehidupan yang kekal.

3 perkara yang ditinggalkan orang yang telah pergi, ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah dan doa anak yang soleh dan solehah.

dan orang yang sabar kerana mengharap keridaan Tuhannya, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itu mendapat kesudahan yang baik

yaitu syurga A'dn, mereka masuk ke dalamnya bersama orang-orang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu

(sambil mengucapkan), "selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu" Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu

[13:22-24]


kita yang masih di dunia ini, selagi boleh berbuat baik yang terbaik di mata Dia, amar makruf nahi munkar, ikhlas hanya kerana Allah...Allah beri kita free seat ke syurga bukan saja untuk kita, malah buat ahli keluarga kita yang soleh.. besar bukan nikmat penghargaan ALlah itu?

masuk ke syurga A'dn dari semua pintu, ibarat syurga yang menjadi perantara antara semua syurga-syurga. besar kan nikmat itu.

subhanallah

jadilah anak yang membanggakan 'dia' di atas sana.

kau seorang yang sangat kuat...aku tahu itu. jika tidak, masakan Allah beri ujian yang sebesar ini padamu?

“ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”
[2:286]

kredit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...