11 Feb 2012

hubungan

kredit




Nasihat yang berkesan datangnya daripada hati dan bukan daripada emosi. Ambil sedikit masa dan berfikir dahulu sebelum menghadiahkan nasihat atau teguran dengan rasa persaudaraan.
-Dr Zainur Rashid Zainuddin - 

tempoh hari aku bertemu dengan seorang akhwat dari negara kiwi. banyak yang di kongsikan kepada kami semua.

salah satunya, tentang amalan kecil yang kita terlepas pandang. mungkin amalan-amalan itu yang memberi barakah kepada kita suatu hari nanti.

diceritakan seorang akhwat yang bapanya akan dilantik sebagai wali kota, namun dia tahu dia pastilah harus mendukung pemerintahan islam berbanding ayahnya sendiri. ditanya kepada murabbinya

siapa yang saya harus sokong, ayah sendiri atau pemerintahan islam?

ayahmu. sokonglah ayahmu dari segi moral. mudah-mudahan amalanmu berbuat baik dan menyenangkan ibu bapa itu boleh memberi barakah, walaupun kamu menyokong yang sebaliknya dibelakangnya.


mungkin kita banyak tertumpu dari segi teknikal dan terlupa segi ruhiyah.

kita terlupa tentang barakah dalam beramal walaupun sedikit
kita terlupa tentang pembinaan jiwa

jika difikirkan, terlalu banyak peluang yang Allah beri buat untuk kita dalam beramal
sama ada mahu atau tidak
rajin atau malas.

peluang itu boleh diberikan kepada orang lain
atau ianya datang hanya sekali

hidup ini semuanya berkaitan dengan pilihan bukan?

sudah lama tidak menulis sesuatu yang bersifat tarbawi. rasa macam ada sesuatu yang tidak kena

banyak lagi benda belum settle


mengapalah kita sering mengatakan sesuatu dan tidak perbuat?
:(

4 comments:

arissa myana said...

baru lepas tilawah surah saff. tadabbur cpt2 sbb nak skip part 'walk the talk'. sgt denial kan?

smoga Allah terus bimbing dan beri izin jg kekuatan utk berubah dan berbuat itu.......... aaaaaaaaaaaaaa

sedihnya! rasa mcm org yg sgt x signifikan di mata Tuhan. kerja mcm nini cokelat celup. main celup-celup je.mcm chipsmore, kejap ada, kejap tak.


Astaghfirullah....
i wonder how do i sound in front of Him, what do i look in front of Him...

Liyana said...

pasal strawbery coklat tu...teringat dengan sibghah Allah punya analogi kan... camana ni....

hailaaa~ saya tak tahu nak kate apa.. rasa macam baca quran tu macam kena batang hidung je..especially surah yang ibadurrahman tu..mcm seriusly dah buat ke apa yang patut kita buat. uhuk. *batuk betul-betul*

- Agunci - said...

Salam ziarah.

Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan.

Jemput baca post terbaru saya.

Law kana bainana, aku harap kita beriman la na. :D

Liyana said...

-agunci-: wsalam. insyaALLAh saya singgah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...