15 Feb 2012

cukup bersyukur

kredit

tadi, ketika di bilik loker hospital, aku ternampak senaskah al quran terletak atas almari berhabuk. tak tahu siapa tuan punya. aku ambil dan duduk membelek-belek isinya. quran majid dan terjemahannya.

tiba-tiba masuk seorang rakan seangkatan yang bukan islam. aku terhenti membelek, katanya, "baca je lah. aku pun ada al quran", sambil tunjukkan novel ditangan.

*senyum*

kami sibuk membelek pembacaan masing-masing. tetiba dia membuka bicara,

ajarkan aku alquran, mana tahu aku masuk islam kau masuk syurga kan?

*senyum*

apa salahnya jika niat bukan untuk berdebat atau bermain-main. tak mungkin berbual beberapa minit boleh menukar aqidah seseorang kecuali dengan izin Allah. ku fikir apa salahnya kongsikan sedikit cahaya.

sambungnya;

aku pernah baca al quran. terjemahan bahasa inggeris. isinya lebih kurang sama seperti bible. tentang kisah nabi, semua agama ajarkan kebaikan.

dan kami berbual tentang sejarah nabi-nabi dan membandingkan dalam bible dan al quran

yang membuatkan aku terkesan apabila dia berkata ini

kita diciptakan di bumi ini pasti ada sebabnya. aku tidak percaya kita dihidupkan hanya untuk sembahyang dan beribadat.

dan dia membicarakan soal takdir. setiap apa yang kita buat semuanya sebab Tuhan yang tentukan. setiap satu keputusan yang kita buat pun Tuhan dah tentukan. walau kita ada peluang untuk buat pilihan pun, sebenarnya pilihan itu pun Tuhan dah tentukan. yang penting kita, buat yang terbaik untuk jadi yang baik.

aku lebih banyak mendengar. memahami.

dengan secebis iman yang ada di hati aku katakan ini

apa yang kau cakap ini macam sama macam maksud dalam surah ni (al fatihah)... aku tunjukkan helaian tafsir yang kupegang

kita percaya Allah itu yang mentadbir alam yang paling berkuasa walau apa yang kita buat dan keputusan kita. dan kita minta pada Allah juga supaya kita sentiasa ditunjukkan jalan kebenaran bukan orang yang
sesat atas dunia ini. sebab atas dunia ini sentiasa ada dua jalan dan akhirat juga ada dua jalan syurga atau neraka.

aku tanyakan apa dia benar-benar percaya tentang syurga neraka, tentang matlamat hidupnya, dia berkongsi buah fikirannya tentang perubahan cara fikir manusia ikut zaman dan kesesuaian kitab-kitab ikut cara fikir manusia ikut zaman, aku terangkan bahawa al quran tidak berubah ikut cara fikir atau zaman, tetapi manusia yang harus ikut apa yang terkandung dalam alquran, sebab ianya manual dari Pencipta manusia buat manusia. dan lain-lain. sehinggalah perbualan kami terhenti apabila patient kes baru masuk. aku tinggalkannya sendiri.

apabila kufikir kembali, kadang-kadang ada orang yang lebih beriman kepada qada' dan qadar berbanding orang yang islam sejak lahir. orang yang berfikir tentang tujuan penciptaan, walhal ada orang islam tidak terfikirkan pun, tetapi ianya belum cukup apabila tanpa hidayah dan hati yang terhijab kepada Allah. orang yang tahu dan membaca al quran, tetapi jika Allah tidak membuka hatinya untuk islam tidaklah itu semua akan terjadi kan

doakan Allah bukakan pintu hatinya.

tapi yang paling membuatku terkesan adalah.........

ALlah telah memilih kita sebagai seorang muslim. lahir sebagai muslim. namun, tidak harus kita kufur dengan nikmat islam dan iman ini. ada orang yang harus berusaha untuk mendapatkan islam itu. ada orang yang tak berpeluang pun merasakan manisnya iman itu.

syukur itu di tunjukkan dengan betapa kita menjaga keislaman ini dan berusaha menggilap ia.

bukan sekadar itu, ini buat aku terfikir lagi tentang

sudah benar-benar islam kah keislaman kita?

kita tidak cukup bersyukur apabila kita sudah berasa cukup.

kredit

semoga Allah menguatkan pegangan taliNya hingga akhir hayat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...