kredit |
sms dihantar kepada murabbi
saya rasa seperti tak layak digelar akhwat dan berada di jalan ini
beberapa minit kemudian murabbinya menjawab
itu kata-kata dari orang yang ingin putus asa.. kita bukan mengejar gelar atau pandangan orang lain. pandangan didepan Allah yang kita kejar! usaha kita mengejar gelar syuhada di depan Allah. dan ia tak dimulakan dengan banyak berkeluh kesah.. mulakan dengan baiki kelemahan dan bangkit!
runtun tangkai jantungnya. ia beristighfar berkali-kali. telus ke hati.
masih ingat ketika dia berada di fasa belum kenal erti dakwah dan tarbiyah. kerana seorang yang 'mencari', dia pergi ke sebuah program agama yang difikir mungkin memberi kebaikan. pakaiannya belum cukup sempurna, tudung yang masih bisa terlihat helaian rambut, tingkah dan bicara yang kasar, namun tiada siapa pun yang menegur tidak juga memandang aneh.
ironinya, apabila dia sudah 3 tahun berada dalam dakwah dan tarbiyah, dia ditegur oleh seorang daieyah supersaiyya tentang tudungnya yang belum cukup labuh
walaupun baginya sudah kira labuh.
hu.
*senyum* kerana ianya manis.
itulah dakwah dan tarbiyah.
apabila kita faham erti katanya, kita bersedia dan membuka hati seluas-luasnya untuk menerima teguran dan memberi teguran kerana kita sememangnya dalam proses mendidik diri. kerana kita sayang sahabat sekeliling kita, mahu ke syurga bersama-sama.
"sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran"
harus siap untuk menerima teguran bersedia ditarbiyah
walau dengan apa cara sekalipun
memberi teguran dikira mudah, tapi menerima teguran seerti dengan menerima dan memperbaiki kelemahan diri.
namun, bisikan syaitan ada dimana-mana, kadang-kadang semakin lama kita di atas jalan ini.
semakin menebal keegoan diri
teguran di pandang enteng kerana kita sudah lama tidak ditegur, lupa tentang tarbiyah
iyalah, ilmu sudah penuh di dada (sarkastik sedikit) walhal, iman setipis kulit bawang
ilmu dan amal tidak lah selayaknya...
ke majlis ilmu dengan gelas separuh atau penuh. (analogi)
bukan lagi gelas kosong seperti seorang yang kering ilmu
tidak mengapa untuk merasa diri ini hina
tidak mengapa untuk berasa kitalah orang paling berdosa di dunia
jika ia dapat menundukkan keegoan dan mendekatkan kita dengan DIa
Jangan terlalu merasakan diri baik, kelak akan mudah dijangkiti virus hati yang asalnya dari dosa-dosa tanpa sedar. -quoted
biar lah hanya hamba marhaen di didunia asalkan dipandang tinggi di akhirat sana. sesekali teguran datang secara keras. sesekali ia datang secara lembut. cuma kita yang harus tidak 'buta' dalam memerhati
"bukan matanya yang buta, tetapi hatinya di dalam dada" 22:46
tundukkan ego, terima ia sebagai teguran dari Allah
melalui peristiwa, atau manusia atau apa saja.
tersenyumlah kerana ia tanda Allah menyayangi kita lebih dari yang kita perlu
4 comments:
well that's simple but deep. sy doakan kamu sntiasa tabah dn sabar, smoga Allah melapangkn dada juga urusan kamu :)
senyum! sebab ada Dia yg sangat, sangat, sangat, sangat sangat sayangkan kamu :)
pura-pura tidak kenal pengomen di atas (copypaste :p)
yana.maybe kita diuji tentang bnd yang lebih kurang separa sama.kita & ego yang membuat hati berasa pedih menerima kritikan.tapi bila kembalikan semuanya kpd Dia,yang menegur itu hakikatnya adalah Dia.cuma sandarannya mungkin kepada makhluk tersebut.dan teguran itu pastinya utk membina kita yang lebih positif.
maka terus chill.semoga hati kita akan sentiasa dilapangkan Dia.semoga ukhwah yang kita bina tak akan musnah sekelip cuma hanyalah kerana bisikan halus makhluk pemusnah itu :)
yana kuat-kuat! *gaya tomoi*
rerupanya kita share the same feeling...
merasa diri spt debu2,
kadang spt lgsg tidak myumbng apa2
jauh tertinggal..
T_T
muna: kamu juga ameeen...
anis: sebab itu harus berharap hanya padaNya kan?
anon: kalau dibandingkan kita akan rasa macam itu kan. tapi macam murabbi kita kata, bukan mereka tapi Dia
Post a Comment