baru pulang dari HAMKA di surabaya. wajah-wajah yang datang baru-baru ini kebanyakannya adalah wajah-wajah baru yang baru saja mula membuka langkah perubahan dalam hidup.
mengingatkan kepada memori lalu, ketika aku sendiri mulai membuka langkah dan kali pertama ke HAMKA dahulu. terbayangkan wajah-wajah itu. mereka yang bersama-sama denganku.
tiba-tiba aku jadi rindu.
ini membuatkan aku terfikir bahawa kita tak boleh berharap yang kita akan sentiasa bersama-sama sebab akhirnya kita akan berpisah di dunia ini untuk bekerja dan akan mempunyai kehidupan sendiri di tempat masing-masing.
dan kita kembali sendiri dan kita harus berdikari. hanya Allah yang kita perlu dan itulah tarbiyah. membentuk diri menjadi luar biasa.
yang ada, hanya semangat dan memori yang kita pernah bersama dalam pembinaan diri, usrah, berdaurah, jaulah, mukhayyam bersama. ukhuwah memang manis.
tapi tiada apa yang kekal didunia ini.
yang kekal hanya disyurga.
semoga suatu hari nanti kita berusrah di syurga kelak dan kita bercerita tentang kisah kita di dunia..sejak kali pertama kita berkenalan hingga ke akhir hayat di dunia. semoga kita semua menjadi ahli syurgaNya.
bersama selamanya
dan Dia yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia maha perkasa, maha bijaksana
[8:63]
4 comments:
selamat semuanya.. :)
lambat sgt tahu tarikh HAMKA, sadly, year after year, masih x brkesempatan ke sana. smoga Allah sampaikan :)
mari terus belajar :) hakikat tarbiah itu mmg dari Dia. rindu kamu.
oh ini sedih~!
hu, tak apa.. jalan menuju Allah itu ada macam-macam. Ikutlah mana-mana yang kita sanggupi dan yakini selagi ianya benar, dan berlapang dada selalu supaya tidak menghalang jalan-jalan yang dipilih saudara2 kita yang lain:)
Ukhuwah terus gemilang ^^
muna: HAMKA tahun ini mulanya hanya program ikhwah. last minute buka untuk semua, maaf ya. doakan supaya DnT di sini terus berjalan dan kita datang lagi pada waktu itu anda seorang doktor, saya juga seorang doktor. simpan cita-cita ini dan semoga Allah permudahkan..
sangat perlu bahu anda sekarang TT_______TT
sugus: betul, sebenarnya kita patut gembira sebab kita jauh, tapi masih sama-sama memegang tali-tali yang menegakkan panji islam kan.
ukhwah teras gemilang. :)
Post a Comment