kredit |
hari ini adalah hari ulangtahun saya. saja je nak bagitahu. =p
tapi tadi ketika di hospital ada seorang pesakit wanita datang dengan keadaan tidak boleh bercakap. lidahnya ada seperti ulcer yang sangat besar. ada benjolan bahagian sublingual dan atas lidahnya juga. memang keadaannya sangat menyakitkan. hanya suaminya ada di sisi yang menjadi jurucakap.
mula doktor M cek, kemudian doktor T pula (specialist bedah mulut). apabila doktor T beredar, beliau bercakap dengan suaminya.
ternyata, harus dikonsul ke bahagian onkologi. kemungkinan cancer.
sebenarnya, bukan penyakitnya. tetapi saya rasa macam, sabar suaminya yang berada di sisi.
betullah bila berada di sini memang akan belajar banyak. banyak penyakit yang kita baca di buku yang kita akan lihat sendiri.
saja nak update sempena ulangtahun. tapi terlalu penat. sebenarnya saya nak kongsikan sesuatu, mungkin nanti. saya harap tahun ini apa yang saya citakan tercapai. semoga ini ulangtahun terakhir di sini. ta!
6 comments:
Happy Birthday! :D
Semoga tercapai segala hajat dan sentiasa berada dalam limpahan rahmatNya.
terima kasih zati! :)
saya doakan yg terbaik utk kamu :)
happy belated besday..
semoga apa yang kamu citakan tercapai. inshallah :D
muna: terima kasih banyak yea :-*
hansuke: yaaa terima kasih. :D
Post a Comment