13 Dec 2011

syukur

kredit


dalam dua minggu ini saya dah melepasi kedua-dua perkara yang saya rasa penting iaitu socca dan sidang thesis! alhamdulillah..

sidang adalah yang paling mendebarkan sebab..okay tak mahu ingat lagi sebab berakhirnya sidang itu memang patut buat sujud kesyukuran. makanya boleh lah konvo pada bulan februari nanti insyaAllah..

jadi, sebagai hadiah untuk diri sendiri, saya membuat keputusan untuk tidak ke klinik hari ini (sebenarnya semua patient tak dapat datang)

lalu saya ke klinik kulit sebab sudah hampir berapa lama saya menghidap eczyma yang tidak sembuh-sembuh. sebenarnya nak biarkan saja, tapi disebabkan ia tumbuh dikelopak mata, risau pula masuk mata. lalu membeli belah barangan keperluan rumah seperti beras dan semua barangan yang berat-berat. jadi, pulang tak boleh naik angkot. makanya terpaksa ambil teksi.

mahu dijadikan cerita. hari yang ceria yang di sertai hujan rintik-rintik ini, diakhiri keceriaannya ketika sudah sampai di depan rumah, meter teksi menunjukkan 15900. lalu saya pun bayar 16000. kemudian tiba-tiba pakcik itu dengan garang berkata begini

"tak nampak ke minimum 20000 tulis dekat pintu tu"

lalu beliau melemparkan wang 16000 itu kepada saya.

ya, beliau melemparkan wang itu

melemparkan.

saya tak pernah lagi jumpa orang melemparkan wang dan tidak beradab begini di sini. yang saya tahu orang-orang di sini semuanya baik-baik. walaupun ada yang berpakaian seperti mat rempit, tapi menjual kuih molen, pisang goreng, nasik goreng, lumpiah basah dan semua jenis makanan.

saya memandang wajah pak cik itu yang setelah melemparkan wang itu terus keluar dari kereta. bentuk wajahnya, skeletal class III malocclusion. ya, saya tahu sekarang bukan masanya untuk mendiagnosis wajah pakcik itu. habit ini belum dapat di kikis. tetapi...

apa salah saya kalau beliau nak marah sangat.

lalu saya hulurkan wang 20000 dan mengucapkan terima kasih.

ketika mencuci pinggan tadi, sebelum masak nasi lemak sebagai makan malam ini (bersama rakan grup masak)

saya terfikir, kita sering mengharapkan sesuatu yang baik dari orang lain. tapi adakah kita beri juga adalah yang terbaik. walau apa pun, situasi kita mahukan semua yang terbaik buat diri kita.

saya cuba muhasabahkan ini dengan tadabur surah al muthoffifin.

bagaimana Allah men describe sifat orang yang curang dalam jual beli. iaitu orang yang hasil timbangannya mahu dipenuhi tapi timbangan orang lain, dia mengurangi.

itu dengan manusia..bagaimana dengan jual beli dengan Allah?

setiap kali selepas solat atau dimana saja, kita meminta begitu banyak kebaikan dari Allah. begitu banyak nikmat yang diberikan...

tetapi, adakah kita beri yang terbaik layak seorang hamba kepada Tuhannya?

terlalu banyak nikmat dan kebaikan yang Allah berikan. tetapi sejauh mana kita telah mensyukurinya dengan erti kata benar-benar bersyukur. bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah.

kredit



2 comments:

Sarah said...

slalu dgr pasal ni dari org lain..x sangka hari ni terkena pada usrahmate sndiri~

agree...slalu expek tuk dpt yg best dr org lain..mungkin perlu recheck diri
sudahkah pula kita mberi yg terbaek?

Allah nk didik seswatu rupanya...

Liyana said...

sarah, teringat masa usrah kita yang murabbi cakap tentang taufiq. huk..

pentingnya taufiq, Allah nak didik kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...