2 Dec 2011

sempurna

tiada yang sempurna. kita juga begitu kredit


sejak pulang dari curug naga tempoh hari, ada satu lagu yang sentiasa berlegar-legar di minda. lagu mestica, cinta teragung. liriknya macam sesuai dengan keadaan dan suasana di sana. tambahan lagi, saya betul-betul sukakan liriknya.

sebenarnya sejak kebelakangan ini saya agak terganggu dengan perkara-perkara yang 'macam' penting dan harus diperhatikan. pertama sidang thesis pada minggu depan dan draft harus di hantar minggu depan. kedua tentang socca yang betul-betul pada waktu penghantaran draft.

teori saya adalah, bila kita berada dalam stage yang menekan seperti exam atau sesuatu yang bagi kita penting untuk difikirkan, kita akan mula mudah tersentuh dengan perkara-perkara remeh yang mungkin membuatkan kita terganggu. 

rasa macam kitalah paling sibuk dan harus dihargai masa yang kita korbankan. mahu pengertian yang lain bahawa kita sedang berkorban. mahu difahami. bahawa ianya penting buat kita.

mahu didengarkan, mahu yang serius. kerana kita dalam fasa yang serius-tak-ada-masa-nak-main-main tapi mungkin ada hak-hak yang perlukan gurauan. begitu banyak kemahuan dari yang lain.

sehinggakan terasa macam mahu mendiamkan diri sahaja. kerana buat apa bersuara jika tidak didengarkan. hingga tahap nak berhenti terus sebab bukannya diperlukan.

saya mula sedar ini bisikan syaitan yang mahu menghentikan saya. mereka mula menduga dengan masalah ukhwah. kita terasa sangat sendiri. kerana kita tahu bahawa bahagia bagi kita yang berada di jalan ini adalah kemanisan ukhwah.

serta kekuatan kepada teguhnya kepada satu bangunan adalah kuatnya ikatan susunan batu bata yang menjadi basis bangunan tersebut. 

saya cuba mencari sisi cerahnya, tiada yang sempurna atas muka bumi ini. sedangkan abu bakar as siddiq ra dan umar al khattab ra juga tidak sentiasa sependapat. aisyah ra dan isteri-isteri rasulullah yang lain juga ada rasa cemburu antara satu sama lain. bilal ar juga pernah terasa dengan abu zar ra.

kerana kita adalah manusia.

fitrahnya bukan kesempurnaan. dan kerana itu kita sentiasa berusaha untuk cuba yang terbaik untuk memperbaiki ketidaksempurnaan itu.

bila lagu itu terngiang-ngiang di pendengaran, tentang kebesaran Allah, saya mula mempersoalkan..

aku buat ini semua untuk apa,
untuk orang dengar ke
untuk apa,
untuk dianggap hebat ke
untuk apa,
untuk dirasakan sebagai orang penting ke
untuk apa
mahu tunjukkan bahawa yang kita terlalu banyak berkorban
untuk apa semua ini sebenarnya?

bukankah kebaikan yang paling baik adalah yang tidak diketahui kesedihan dan kepayahan yang tidak diketahui.
bukankah lebih manis bila kita sedar yang Allah sedang melihat kita. lebih manis bila kita sedar yang Allah sentiasa akan memujuk kita bila kita terasa keberadaanNya di hati kita


sedarlah yang kita sedang ditarbiyah. bersyukurlah yang kita masih sedar yang sedang ditarbiyah.

baru saja hadith ini dikongsi oleh seorang sahabat lebih 10 tahun..

Dari Ibnu Musayyab r.a berkata :

"Ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabatnya, ada seorang lelaki yang menyakiti Abu Bakar tetapi Abu Bakar diam saja. kemudian orang itu menyakitinya lagi tetapi Abu Bakar tetap diam saja. Kemudian orang itu menyakitinya untuk yang ketiga kalinya lalu Abu Bakar pun membalasnya. Menyaksikan hal ini, Rasulullah pun bangkit, lalu Abu Bakar bertanya : "Apakah engkau mendapati aku telah bersalah wahai Rasulullah?


Rasulullah bersabda :
"Malaikat turun dari langit mendustakan apa yang dikatakan oleh orang itu. Tetapi ketika kamu membalasnya maka malaikat itu pun pergi dan syaitan pun duduk. Karena itu, aku tidak suka duduk bersama syaitan"

(HR Abu Dawud)

hebat bukan syaitan menduga kita dari sisi yang begitu halus.
kuncinya adalah berlapang dada dan bersabar. kerana kita tak mahu bersama syaitan.


atau mungkin ada masanya harus lebih banyak mendengar berbanding bersuara...

4 comments:

Puding Karamel said...

yana,rindu sgt
baru ni berkesempatan ke blog yana, n dah baca SEMUA yg akk ketinggalan.
menggugah hati sungguh tulisanmu dik...
jzkk atas peringatan berganda
byk bende yg awk tulis, turut akk alami.
kenapa eh, kebetulan?
atau simply, liku2 d jalan yg kita sama2 lalui, walaupun di negara yang berbeza, kini...?

arissa myana said...

salam yana syg

saya suka baca tulisan kamu
Alhamdulllah, dari Dia juga iA

oh
x tahu mood menulis hilang ke mana
harus cari, bimbang di culik makhluk asing dari angkasa lepas.

baiklah
itu mengarut

semoga Allah mudahkn semua urusan kamu ;)

dan setiap yg susah itu pasti akan dtg kesenangan bersamanya inshaALLAH ;)

Liyana said...

kak PK: mungkin kita sedang dilukis dan diwarnai dengan warna yang sama. sebab itu kita rasai perkara yang sama.

:) kebetulan itu kan bahasa argentina.. pasti ada misteri disebalik taqdir lah kut tu kan. teringat seorang akhwat pernah cakap. ikatan kerana Allah itu, bila kita bersin di sini, ada akhwat yang jauh di mesia akan mengucapkan yarhamkillah buat kita. hu

doakan kita sama2 tsabat ye akak

...kini?

Liyana said...

salam muna, doakan saya nak sidang next week. supaya semuanya baik2 saja dan tak timbulkan fitnah kepada dakwah ke apa.

huhu dimana2 pun nak cakap cuak

saya pun sebenarnya. huhu. mungkin puncanya sebab dh kurang membaca dan tak ada rasa kat hati sekarang ni. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...