17 Oct 2011

tragedi oktober

serius terasa macam mimpi! kredit

pernah anda membayangkan sesuatu lalu perkara itu benar-benar terjadi?

***

malam itu dib menjemputku dengan motor, jam menunjukkan pukul 12 tengah malam (lebih kurang). waktu itu hujan sudah mulai turun. tidaklah terlalu lebat. tapi cukup untuk membasahi setiap penjuru tanah.

motor yang dibawa laju menusuri jalan menuruni bukit. dib mahu mengejar akhwat lain yang sudah jauh terkedepan kerana tidak tahu jalan ke rumah penginapan akhwat.

angin dingin mula terasa hingga menyucuk tulangku. titisan hujan semakin lebat mula membasahi diriku. kelajuan motor semakin meningkat. ketika menuruni bukit. aku mulai takut, terbayangkan motor itu terbabas. dan mukaku tersembam ke tanah.

ya Allah, kalau motor ni terbabas, aku belum cukup kuat kalau tersembam muka. mati dari lamunan, aku bersuara

 "dib, slow sikit. licin ni"

sesaat kemudian, selekoh tajam di depan, dib tak dapat mengawal motor, terjatuh. motor dan kami terseret lebih kurang 2 meter atas jalan tar yang basah.

rasa macam ia berlaku sekelip mata. aku sedar ketika kami terjatuh, aku sedar ketika aku terseret dengan motor di atas jalan, aku sedar dib disebelah ku sudah terbaring, aku sedar aku juga dengan posisi yang sama. 

terus bangun, untuk pastikan yang aku okay. aku lihat wajah dib sudah di tanah. "ya ALlah, dib okay ke?" 

mujur insiden itu berlaku depan gerai kecil. ada dua tiga orang berteduh di situ. semua membantu angkatkan apa yang patut. dib tak boleh bangun. mujur waktu itu tak banyak kenderaan lalu lalang

seorang mbak gerai disitu membantu. aku mengutip barang yang bertaburan di tanah. dib bersuara, "yana, call sesape ambil kita" dengan suara perlahan.

aku cari phone. tak ada. terlupa aku serahkan fon aku pada F sebelum pulang tadi. panik sekejap.

tetiba ada cahaya dari pencil case F, beliau tumpangkan letak pencilcase dalam beg. cahaya itu datang dari telefonnya. hubungi nama pertama yang aku kenal dalam list phonebooknya. 

ada orang bantu hantar kami dengan kereta. mbak itu buatkan teh panas. dapat lah juga luka. tapi sikit. dib luka banyak juga. tapi kalau ikutkan terasa macam. ya Allah, bersyukur sangat tak jadi apa-apa dan esoknya boleh pergi dengar pengisian. 

tapi sakit seluruh badan. mungkin sebab jatuh kebelakang. badan jatuh dulu, kemudian kepala. semoga ianya menjadi penghapus dosa.

tak tahu nak describe macam mana perasaan itu. terasa macam...

trauma juga. tapi kena lawan perasaan itu. mungkin satu hari nanti dakwah akan menuntut aku berkorban perasaan ini.

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
[HR bukhari]

pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. pasti ada. bersyukur sangat kecederaan kami tak sedahsyat keadaan motor tu. 

E dan A datang, akhwat bakal-bakal doktor semua tolong rawat luka kami. tak tahu nak cakap macam mana. jzkk. TT_____TT

lepas kejadian itu, rasa nak ucapkan terima kasih betul-betul dekat orang-orang yang bantu pada ketika itu. masa itu kan kalut-kalut sempat cakap terima kasih je. hanya Allah yang boleh balas dengan sebaik-baik pembalasan yang baik buat mereka. 


p/s: mungkin salah satu nya, peristiwa ini nak tingkatkan ikatan kasih sayang aku dengan dib kut. biar rasa cemana berada dalam situasi yang macam nak mati bersama. persahabatan lebih 10 tahun. rugi kalau tak dapat apa-apa.

15 comments:

Princess Mos said...

as salam kak demolish.. hik3.. demoiselle..

siyes, kembang kempis la k.dib klu bc entry ni.. sbb bnyk nma die di sbut.. :P

tp ape pn, alhamdulillah sgt2..

Allah msih bg peluang utk akak n k.dib.. memperbaiki bnyk perkara dan dpt byk perkara lg.. fhm ke?? hihi..

k.dib duk ngadu sakit2.. tp, sy slalu ckp..

disebalik kejadian ni Allah sediakan hikmah sgt besar buat sy n akhwat yg lain..

kak dib ckp, mcm balik dr peperangan je..

erm.. mgkin jgk.. satu masa nnti.. mgkin kita akan kehilangan kaki n tgn sbb berperang melawan kekufuran..

sabar ye sis.. moga cepat sembuh. :)


tiah. :)

dibby bus-bus said...

yana.. awk btol2 igtkan sy tntg tragedi oktober ini..cerita detail gle..hihi..

i like the very last part.. insyaAllah nk main2 ngn awk di taman syurga nanti..=)

Anonymous said...

nanti kita lawan lumba lari 4x100 di syurga nnti

demolish..haha,terbaek

نور توفيقة ادريس said...

Jatuh kebelakang rupanya..
Macam scary sikit..

Semoga recover cepat, physically and emotionally..
And Allah have wonderful plan for everything that happen, no matter how tiny or huge it is, insya Allah^^

anis shafikah said...

yana sayang,
muna baru story tadi.hukhuk
syafakillah.moga Allah kuatkan lagi tulang belakang tu yang dah diasah dengan kesakitan :)

yana,semoga dapat update amal juga selepas dapat nikmat penghapus dosa inshaAllah.

doakan anis jugak ey
(tak sabar nak jumpa)
rindu yana.

Liyana said...

princess moss: tiah.. demolish pun demolish la kan.

itulah, kalau ikutkan masa jatuh tu rasa macam teruk sangat. tapi bila tengok kecederaan macam sikit je kalau nak banding dengan motor yang tercabut cermin bagai. mngkin Allah nak beri tarbiyah bukan pada sakit itu atau apa, tapi pada peristiwa itu.

apa pun, semoga kita semua sentiasa ingat bahawa walau setiap saat kita bernafas juga adalah tarbiyah.

jzkk tiah :)

Liyana said...

dib: huhu betul-betul tragedi bulan oktober. haha. insyaALLAH dib, jum sama2 berusaha ke arah itu! :)

Liyana said...

anonymous: haha ye la. demolish. :p

Liyana said...

piqa: sebenarnya malam itu dah risau sebab sakit dalaman ke apa. over sikit. but alhamdulillah okay. insyaALLAH. :) piqa juga, jaga kesihatan, supaya little caliph dalam perut anda sihat!

Liyana said...

salam anis, errr detail ye muna cerita? hoho~ segan di situ. insyaALLAH anis. titipkan doanya ya. saya sangat2 perlu doa dari akhwat semua... :')

jum jumpa! ^^

syifa' said...

Allahukabar..
so shame of me.. T.T
tak mengambil tahu keadaan akhawat..
asif jiddan akak.. baru tahu.. syafakillah my dear..

:: jika anda orang yang diuji.. berbahagialah sayang.. ::

Liyana said...

syifa': jazakillah :') takpe, tak teruk pun. boleh berlari-lari sekarang ini. :)

tengok-tengok kan dib ye. sebab dia luka teruk. dah la kena keje kat hospital

dibby bus-bus said...

tibe2 saya nak menangis terharu baca komen yana di atas ni.. =)

saya ok la yana.. kene kuat! caiyok..

itana said...

saya suka part postscript akak :)

Liyana said...

dib: :) xoxo

itana: :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...