26 Sept 2011

wahai

insiden semalam benar-benar meninggalkan kesan perit dalam jiwaku. sampai di rumah aku bisu seribu bahasa, tubuhku terasa longlai. sumpah aku rasa tidak mahu mengingatnya lagi. berkali-kali dengan bersungguh aku pohon supaya Allah hilangkan ingatan semalam

ketika di atas bas dalam perjalanan pulang, seseorang pada mulanya memulakan bicara seperti orang-orang biasa. destinasi kami sama. bila di tanya tujuannya,

dia menangis

menangis dengan air mata yang deras

"saya akan dimasukkan ke agama kristian jam 7 nanti. anak saya sakit, harus dioperasi. tapi mereka akan membantu jika saya masuk kristian."

laa haula wala kuwwata illa billah......

tiada pernyataan yang lebih buruk melainkan saudara seakidahmu mengungkapkan ingin murtad beberapa jam lagi.

dan kau seperti tidak mampu membantu. di mana saudara islam lain. di mana?
sudahlah dibuang keluarga kerana susah. institusi islam tidak membantu

terasa seperti satu gunung menghempap seluruh diriku

kelu seribu bahasa. memujuknya supaya berfikir lagi. ingat tentang akhirat dan Allah. Allah yang menciptakan makhluk dan menyembuhkan. berharaplah pada Allah dan bukan manusia. kami berhenti berbicara apabila ada orang duduk di sebelahnya.

sepanjang perjalanan itu aku membaca al quran, tanpa henti. tanpa henti. serius, tanpa henti. selang seli dengan tangisan. aku benar-benar mahukan petunjuk Allah. tidak tahu apa lagi yang mampu aku katakan dan lakukan. supaya Allah beri aku kekuatan.

sebenarnya aku marah dengan diriku sendiri. juga sesiapa saja yang bisa aku marah.

aku geram!

aku geram kerana aku seperti tidak dapat melakukan apa-apa.

kamu, ya kamu, yang sedang lantang berkata-kata di sebalik skrin ini. selagi kamu hanya punya keberanian menulis tentang dakwah, tentang tarbiyah. tapi masih belum menghadapi dunia kita yang sebenar, kamu bukanlah benar-benar hebat
bukanlah benar-benar daie jika tidak berdepan dengan umat

sibuk dengan hal-hal kecil

bertelingkah dengan hal-hal sepele

buka minda, lihatlah

lihatlah dengan mata yang luas

umat islam sedang didalam maksiat, yang mahu murtad, yang terlalu banyak menyimpang, yang keliru dan mengelirukan

dunia jahiliah yang begitu luas untuk diperangi, dan kau sibuk berfikir tentang dirimu dan orang-orang sekeliling mu dengan dunia kecilmu

aku sebal
sungguh aku sebal

dari detik itu, walau apa pun yang berlaku, apa pun kata orang, apa pun kata-kata yang ada biarpun menyakitkan hati,

kau katalah apa saja. aku akan terus bekerja menyerang jahiliah yang ada atas muka bumi ini

aku serius.

cukup dengan semalam benar-benar buat hatiku seperti dikoyak rabakkkan .
cukup

sudahlah orang yang membawa islam itu sedikit, yang ada masih lagi bermain-main dalam lingkungan yang sama.
berfikir dan sibuk dengan hal-hal remeh

astaghfirullah. semoga Allah mengampuni kita

mungkin ini tarbiyah buat ku
teguran Allah

kita pasti akan diuji dengan apa yang kita katakan...
kita pasti akan diuji..

biar, biar jiwa ini menjeruk

wahai diriku, bukankah kau sudah berjanji dengan Allah untuk menjual seluruh harta dan jiwamu kepadaNya?

wahai diriku, semoga Allah ada bersamamu, disetiap langkahmu, disetiap hela nafasmu dan di setiap degup jantungmu

sampai jumpa


9 comments:

everlasting said...

thats rite continue our work! yuk kak ..masih byk keje kita :)

everlasting said...

nk tmbh sket utk nek kn hamasah kte:
“Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.”

(Surah Al-Anfal [8]:65)

so,the keyword is sabar.. one more ikhlas..no one can be after us if we follow Allah's road..be cute akak:)

arissa myana said...

tak terkata.
baru semalam ditegur dalam daurah.
seriousness.
itu yg kita perlu.
(57:16)
khusyu' itu bukan dlm solat semata, tpi dalam gerak kerja kita jg inshaALLAH.
sampai bila kita harus memikir soal remeh yg berkitar di sekeliling kita, juga dalam diri kita sendiri?
terpukul.

mari bersungguh dan serius.

Puding karamel said...

sedihkan?
sy pernah mengalami hal yg sama dgn Rika (bukan nama sebenar)
Dia waktu itu tinggal seperti suami isteri dgn boyfrennya kerana takde tempat nak dituju, n saya hanya mampu mendengar.

malu dengan kaum ansar
malu dengan keislaman yg tak menyerlah
malu dengan duit yg terpuruk dalam bank tapi tak dapat membantu ummah

dmanakah diri kita dalam masyarakat ini? T_T

dibby bus-bus said...

sgt banyak keje.. sgt banyak maksiat.

x de mse nk pkir hal2 remeh.. dan menyesakkan..

selamat berjuang ukhti..

doa yang sgt byk buat kalian.. ;)

Liyana said...

everlasting ijan: jazakillah ijan sebab share ayat ini TT______TT terkena habes.

Liyana said...

muna: masa daurah topap konsis ada selingan masa akhlak juga. mungkin terlalu banyak bermain sampai dah lupa nak serius, dah la apa kita buat ini selalu di perhatikan. tsk kena jadi qudwah yang baik kan.

patutlah ujian bertimpa-timpa..sebab Allah nak suruh serius :'(

Liyana said...

puding karamel: sedih sangat, tapi mungkin ini yang SQ tulis dalam buku hazadeen kan.

harus lebih matang dan dah tak boleh main-main lagi..

kita bukan apa-apa pun lagi kalau nak dibanding dengan mereka yang di confirm masuk syurga di atas kan...

:'(

Liyana said...

dib: sama2 kita mendoakan ya. dan tak ada benda yang senang. hey, pesal takde masa daurah ari tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...