5 Oct 2011

cermin


"Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, dan yang berat adalah menerima nasihat tersebut. Kerana setiap nasihat itu, dirasakan tersangat pahit; bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya."

Imam Al-Ghazali

aku begitu takut sekiranya dakwah ini menjadi lamban kerana betapa menggunungnya dosaku, atau maksiat yang aku lakukan. sedangkan tidak bersugi saja boleh menjadi punca kekalahan perang zaman sahabat dulu, inikan pula dosa yang banyak

Allah mahu hati dibersih-sebersihnya supaya amanah yang diturunkan ini dijalankan oleh orang-orang yang benar-benar ikhlas
bukan buat yang tidak jelas matlamatnya
bukan buat orang-orang yang masih ragu
tapi yang tetap dengan pendirian yang benar

kerana itu ujian diturunkan bertimpa-timpa
jika bukan ujian urusan akhirat, ditimpakan ujian dunia
untuk membetulkan semula jalan dan niat yang tersasar

syed qutb yang menulis tafsir zilal berkata;

“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.” 

inikan pula kita-kita yang biasa. orang yang masih berperang dengan jahiliah dalam diri bukan jahiliah dari luar.

dalam menjalani hidup ini, haruslah berbekal bukan.

sungguh aku takut, jika kerana akhlak yang aku pamerkan itu yang mencerminkan dakwah dan risalah yang dibawa
aku takut jika tingkah lakuku tidak seperti yang aku katakan

dan,

yang pasti, sebuah faham dan pengertian itu, bukan semudah yang disangka, tidak boleh dibina dari satu kumpulan kata-kata, tapi ia harus dirasai dan di jalani.

usah melihat pada peribadi yang lain, tapi lihat lah diri sendiri.

"Daie itu cermin kepada dakwahnya dan memberi gambaran terhadap contoh tentangnya."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...