13 Sept 2011

sesuai

hari ini cabut gigi. patient yang dulu mengandung. sekarang anaknya dah lahir 5 bulan! tak sangka cepat sangat masa berlalu. pipi dia macam bun. rasa macam nak cubit-cubit. cuba bayangkan ketika stress, melihatkan wajah ini;

kredit
okay nak tergelak sebab eiiii geram!

atau ini

terjumpa di sini
teringat ketika temankan mak pergi pasar borong satu pagi. di tepi jalan ada seorang lelaki berbangsa X menggendong bayinya dan seorang lagi lelaki berbangsa Y mengacah bayi lelaki berbangsa X. 
mak cakap; "baby ini kan, tak kira bangsa pun comel kan. orang yang bangsa Y itu pun boleh main-main lagi dengan baby bangsa X"

macam ada satu pesona dan tarikan. macam sesuai. Allah menjadikan tarikan itu pada makhluk cilik yang perlukan belaian, perlu kasih sayang, perlu perhatian. Dia ciptakan pesona itu supaya mereka disayang, dibelai dan diberi perhatian.

dan Allah memberi itu semua mengikut kesesuaian dan keperluan makhluk ciptaannya.

begitu juga sesiapa saja yang kita jumpa. mengikut kesesuaian. cara kita mendekati seseorang itu mengikut kesesuaian dirinya. atau kita bercerita dan memberi faham seseorang itu mengikut tahap kefahaman dirinya. kadang-kadang yang membuatkan seseorang menolak dan tidak menerima sesuatu yang kita sampaikan bukan kerana apa, tapi kerana belum bersedia untuk menerima mengikut cara dan tahap kefahaman dirinya.

tak apa, semua ini proses belajar dalam hidup. yang penting jangan berhenti melakukan perkara yang betul.

:)

kredit

7 comments:

dolat said...

ko mesti kecewa dengar aku cakap tak suka baby tembam kan :P budak dalam gambar tu terlalu termbam.

Liyana said...

kecewa wey. haha tak adalah. mana ada termbam sangat. tapi comel ahhhhhhhh

Anonymous said...

Salam,yup,jgn berhenti lakukan perkara yang betul.

arissa myana said...

seriyessssss menyampah sebab geram sangat.

eh komen x mncapai hadaf post pula ;) hehe

yep
setiap marhalah ada jalannya
setiap masa/keadaan ada cara yg sesuai utk berhadapan dgn nya

yg pnting, truskn usaha utk buat prkara yg betul

hidup itu utk belajar
atau belajar utk hidup?
anyway... hehh

smoga slalu dlm lindungan cintaNYA ;)

mish u,love

Liyana said...

anon: :)

muna: terima kasih untuk komen membina untuk hati yang tengah kuciwa ni. huhu

Dr Hana said...

setuju sangat-sangat. tapi kadang-kadang nak cari balance tu sangat susah , pernah rasa tak?

mcm waktu tu tiba2 kita rasa excited sangat n semangat nak cakap samthing, pastu kita cakap berapi-api sampai keluar asap, sedangkan org tu mungkin belum berada di tahap yg dia boleh menerima sesuatu tu. last2 rugi sbb kalau ckp perkara yg betul dgn cara yg betul, masa tak terbuang.

tapi hidup sentiasa betul sangatlah membosankan, kan?

learning about communication is very interesting.

:)

*tiba2 excited nak komen2 banyak2 huhu.

Liyana said...

ummufurqan: itulahh.. mungkin sebab itu kalau nak cakap kena tahu siapa audience dulu kan.

berapi-api sampai berasap? hihi. ya, itulah, tapi bila teringat, sedikit usaha kita Allah kira, dan semua ini proses belajar. belajar=kena buat banyak silap. makanya, harus bertabahlah menghadapi nya kan, yang penting terus lakukan, suapaya belajar lagi.

:)

terima kasih komen, komen anda menceriakan hari saya! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...