14 May 2011

f.u.t.u.r


f.u.t.u.r

berhenti atau bergerak perlahan setelah bergerak dan berlari dengan laju dan bersemangat
mahu salahkan siapa bila kita tidak lagi merasai atau menjiwai apa yang kita lakukan
segala perlakuan dan perbuatan menjadi lesu
setiap perkataan menjadi kering

tiada lagi halawatul iman.

tiada lagi tangis munajat setiap kali berteleku


dan bila kita pernah melihat atau mendengar cerita tentang individu hebat yang dulu merupakan kader paling semangat menggerakkan panji ini
berapa anak didik berada di bawahnya
berapa banyak wangnya atau tenaga mahupun masanya telah dikorbankan demi jalanNya
kini sudah terjelupuk dan terkubur
kisah mereka hilang bersama semangat mereka dulu
mereka tiada lagi bersama kita

nau'zubillah...

dan bila kita perhatikan sendiri sosok yang sangat semangat dan tiba-tiba sangat lesu
kita yang pernah memandang tinggi mereka jatuh hormat pada mereka

sebenarnya tiada layaknya kita menilai
itu merupakan ujiannya

dan bagiku, orang yang paling kuat dan tega
bukanlah orang yang semangatnya berkobar-kobar dan berjaya mengendalikan program-program paling best
atau berapa orang yang berada dibawah didikannya

tetapi orang yang berjaya mengekalkan dirinya di jalan ini
ketika ia down atau futur
orang yang boleh mengembalikan semangatnya yang semakin pudar
ketika dia sudah lelah untuk bangkit dan bergerak, dan segala amal menjadi begitu berat dan segala tanggungjawab ibarat beban

ujian berada di fasa down itu bukan calang-calang
dan bukan boleh dianggap remeh

ia payah

untuk kekal di jalan yang panjang dan istiqamah bukan mudah
apabila berada di fasa down

memang benar iman itu yazid wa yankuz

dan pada fasa naiknya
ketika itulah segala yang kita lakukan penuh dengan himmah
lemparkan apa saja ujian, pasti bisa ditegah

dan pada fasa downnnya
segala rasa jadi hambar
seperti tiada lagi jiwa

tidak lagi peduli tentang pandangan sahabat tentang dirinya
tiada lagi malu

dan siapa kita untuk menilai
ujian mereka, bukan mudah
kita. jadikan ia sebagai pengajaran.
buat kita, tika masa kita berasa di fasa seperti mereka

bukan semudah menilai dan berkata

melainkan kita berada di situ..dan merasainya
nilailah dirimu ketika itu..


2 comments:

Ekin said...

liyana~~~

arissa myana said...

salam yana sayang

semoga Allah sentiasa membantu kamu meniti di atas jalanNYA...

DIA ada untuk kamu :)

semoga selalu dlm lindungan DIA...
rindu kamu. jadikah pulang ke tanah air?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...