6 Apr 2011

kadang-kadang itu dan kosongnya

setiap kali lihat skrin. jadi kosong. tak tahu nak share apa. jika dulu setiap hari pun nak update. benda tak penting pun nak tulis. cuba tukar template, mana tahu ada semangat nak tulis. putih. rupanya, sama saja.

jika nak kongsikan tentang kehidupan harian yang agak, hmmph. bosan kut. setiap hari benda yang sama. betullah sains tulen memang macam robot. setiap hari hanya kerja, kerja kerja untuk orang-orang lain. sampai tak ada masa nak ambil tahu pasal apa benda dah jadi pasal dunia ini. sampai ada perasaan malas nak ambil tahu. politik dunia sekarang, kewangan dunia macam mana, umat sekarang apa dah jadi, dan lain-lain.

kadang-kadang itu, apa yang kita tulis, kita akan baca balik. jika benda itu sesuatu yang tah apa-apa. malu sendiri. fikir balik dan muhasabah. jika okay, semuga benda itu perbetulkan diri kita dahulu sebelum orang lain.

kosongnya

kadang-kadang itu, perasan ataupun tak. benda yang selalu sangat kita hadapi atau buat, ia akan jadi biasa dan tak berapa nak hargai. tak. bukan nak kata ayat cliche yang kita akan rasa kehilangan kalau ia tiada. memang betul.

hari itu, perjalanan dari tempat X ke bandung, dengar playlist. tetiba, ada satu lagu ini rasa macam lirik dia, terzzzzass. padahal sebelum ini dah dengar banyak-banyak kali. macam, apa-apa pun. jika ada satu masa hati kita nak terbuka atas sesuatu. atau melihat sesuatu atas kaca mata islam ataupun sekadar sia-sia.

lagu itu macam kata, kita selalu buat kebajikan dan lain-lain untuk kita puaskan hati kita. semua yang kita buat untuk puaskan hati sendiri. kita bizikan diri pun nak puaskan hati kita tapi sampai kita terlupa. adakah semua itu Allah puas hati dengan kita?

kadang-kadang itu, terfikir. kenapa bila baru je nak buat langkah besar untuk tempat ini, tiba-tiba ada saja fitnah (ujian) yang datang. terdetik. "ke, apa aku buat ini salah" tapi sebenarnya, Allah nak kita betulkan niat kita buat semua ini untuk apa. nak buat sebab nak famous ke, nak buat sebab memang suka bizi dan tak ada kerja lain ke, nak buat sebab nak jaga hati orang lain ke, memang sia-sia. betapa, sebenarnya Allah nak jaga niat kita. sayang lagi Dia pada kita sebelum buku kiri tertulis apa-apa. teruknya bila sikit-sikit nak down.

kosongnya.

cuma ada satu perasaan. rindu. rindunya ada sahabat yang bawa ke syurga, yang nak selamatkan kita dari api neraka. macam kisah ibnu rawaahah r.a dengan Abu dardaa' r.a. ibnu rawaahah sambil pegang tangan sahabatnya itu, pastu cakap "jum kita beriman sejenak, sebab hati itu kan lebih cepat bolak-baliknya dari isi periuk yang menggelegak" *lebih kurang

sebab itulah kut suasana solehah itu sangat membantu untuk meningkatkan keimanan.

kadang-kadang itu, tanpa sedar mungkin kita dah berlaku tak adil kepada orang lain bila kita cepat judge orang lain. mungkin kita nampak keburukan je yang banyak. tapi sebenarnya, entah apa dia buat entah. entah-entah lagi baik dari kita cuma dia tak tunjuk. kenapa kan kita selalu ingat yang buruk tentang seseorang. tapi yang baik kita lupa.

mungkin sebab kadang-kadang itu, kita selalu sangat fikir pasal diri sendiri. orang lain kena layan kita macam ini macam itu, tapi diri kita tak pun beri yang sama. padahal tanggungjawab kita lagi besar dari ini untuk difikirkan. kita fikir tentang masalah ukhwah, masalah hati masalah dalaman, walhal semua itu akan hadir selepas keimanan.

kadang-kadang itu, terfikir. kenapa orang lagi suka bertanya sesuatu yang menimbulkan isu hangat melalui status facebook daripada tanya direct dan berterus terang kepada orang yang berkaitan. kenapa nak orang lain yang tak ada kaitan pun baca. memang dah jadi trend masa kini ke semua pun orang lain perlu tahu dan membuat spekulasi.

kadang-kadang itu, mungkin sebab terlalu manjakan diri sampai kita tak terasa nak maju. sebab lagi best duduk dekat zon selesa. entah, lagi senang macam itu kut. entah.

entah.

argh kosongnya jika letakkan dunia dihati bukan di tangan.

kan?

makanya... letakkan dunia ditangan, bukannya di hati.


4 comments:

arissa myana said...

salam...

meaningful nye post kali ni....
termuhasabah diri skali T_____T
jzkk yna :)

may Allah bless u, guide u n make things easy 4 u :)

hansuke said...

salam.

saya sangat stuju..:)

skang sangat busy kije. dulu busy kije, gaji sikit, kosong, skang busy kije, gaji banyak, kosong jugak. entah la.

banyak hari lagi nk di lalui, kena lagi bersabar dan pujuk hati.

nak tambah ilmu, nak ke surau tak sempat, asik balik lambat je dah terlepas maktu isyak, solat kat umah je mampu. esok benda yang sama lagi. hm..

still thinking about the future and how to live it.

good luck to u too.

boboi said...

alhamdulillah..moga kita pakat2 memperbaiki diri dlm perjalanan menggapai redhaNYA dan dilindungi dari bisikan jahat syaitan & manusia..

Moga Allah bersamamu di tiap langkah

Liyana said...

muna: jazakillah ukhtiku. semoga malaikat mengaminkan dan doakan untuk kamu. :)

hansuke: kena cari jalan supaya tak jadi camtu sampai dimakan usia. thank you. :)

boboi: terima kasih atas nasihatnya. ye, bisikan syaitonirrojim ni memang selalu menganggu jalan kita kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...