15 Apr 2011

bukan sekadar itu


jika ikut secara teorinya, kalau kita nak rapat dan kenal dengan seseorang. kita perlu tahu banyak perkara tentang dia. contohnya, tahu kegemarannya, apa dia buat, apa dia baca, apa dia tahu, cara pandangnya, apa yang dia rasa, pengalaman dia.

secara teknikalnya, jika kita mahu kenal dengan seorang ulat buku. kita kena tahu buku apa dia baca, buku jenis yang macam mana dia suka baca dan sebagainya, then, kita mungkin boleh analisa peribadinya macam mana. dan cuba mengahayati dunianya.

begitu juga, jika kita ingin menyampaikan islam dan mewarisi tugas rasulullah dan sahabat-sahabatnya, kita jadikan al quran dan sunah yang dibawa sebagai teori dan sejarah mereka sebagai amali. kenali mereka, hayati pengalaman mereka, buat apa mereka buat. bukankah mereka sebaik-baik golongan ketika itu? baru dapat hayati apa mereka rasa dan apa mereka bawa. sebab sudah jelas, mereka golongan pertama yang dapat ayat-ayat Allah terus dari rasulullah.

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul – sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

dan kerana itu kita harus tahu sejarah. kena tahu kisah terdahulu, tentang apa yang berlaku kepada kaum terdahulu yang pernah mendapat risalah Allah. apa yang berlaku kepada bagi yang ingkar, bagi yang ikut, bagi yang menyampaikan. kenal rasulullah dan orang-orang yang berada disamping baginda. dan kisah semalam boleh dijadikan pedoman buat kita. sebab,

"seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh ke dalam lubang yang sama" (muslim)

makanya sebab itu pengetahuan seorang muslim harus luas. bukan sekadar itu

ya, bukan sekadar itu

jika kita faham kenapa kita perlu berdakwah, kenapa kita kena buat ini semua. kita juga kena tahu dakwah bukan sekadar menyampaikan, pasti kita mahu dakwah yang berkesan bukan?

bagaimana rasulullah berjaya melaksanakan dakwah yang berkesan

ada matlamat yang jelas, buat persediaan, buat perancangan dan laksanakan.

matlamat yang jelas. sampai mana dakwah ini nak dilaksanakan. hingga islam sampai ke puncak.

persediaan. kerana itu dakwah dan tarbiyah satu pelaksanaan serentak. berdakwah sambil persiapkan diri.

merancang dengan tiptop

laksanakan.

dan ia merupakan sunnatullah. siapa pun yang mahu mengubah dunia. pasti akan lakukan perkara yang sama, contohnya marx. bagaimana idea komunisme tersebar dan ia dilaksanakan oleh lenin. mereka punya matlamat, persediaan, perancangan, dan laksanakan. akhirnya fahaman ini tersebar ke seluruh rusia.

dan kerana itu dakwah bukan sekadar itu..

seperti kata-kata ini

"kebatilan yang tersusun, akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"- Saidina Ali -

even kalau benda itu sesuatu yang batil tapi tersusun dapat kalahkan kebenaran jika ia tak tersusun.
dan dengan itu, dakwah harus bersistem.

cuba fikirkan, dakwah yang kita bawa ini, untuk ke mana?
jika mahu ia sampai ke puncak ustaziyatul alam. sebagaimana ketika zaman pemerintahan khilafah. dimana seluruh alam buana ini memandang dan merujuk kepada islam.

dan lihat balik, dakwah kita, matlamatnya sudah meletup dan adakah perancangangan, persediaan dan perlaksanaan sudah meletup disesuaikan dengan matlamat yang meletup?

sudah tersusunkah.
bagaimana sistemnya
effective kah.

dan kerana itu seorang muslim itu harus luar biasa..

dan bukan sekadar itu...

ya, memang Allah akan bayar segala ujian dan kesukaran yang kita hadapi dalam menyampaikan risalahNya. kerana Dia maha adil. tapi kita harus bekerja dengan bijak dan berfikiran matang.

sebab kita mahu dakwah kita adalah dakwah yang berkesan.

dan kita bukan 'muslim yang hanya sekadar itu'

kita masih dalam fasa pembinaan manusia, ibarat batu bata yang kukuh dan pekat. bukan sekadar batuan terbina dari tanah pasir. yang bila masa pun boleh terhakis dengan perubahan musim.

ingat, kita membina manusia. menyusun mereka dalam satu saf yang kukuh. dan kerana itu, kita harus merancang dan menyusun.

kita mahu menjadi individu muslim yang bukan sekadar itu.

tapi luar biasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...