dunia..
runtuh satu persatu
ya betul, kita tak layak nak berkata apa-apa sebab bukan kita yang hadapinya.
bukan kita yang rasa
memang terlahir punya naluri yang berbeza
tapi tidakkah secara tak langsung,
sedang menyalahkan Pencipta yang menciptakan kita berbeza
bukan salah kita. tapi Dia
nau'zubillah..
bila hamba mencabar Tuannya
astaghfirullah
sama juga, tidak ikut apa disuruh Allah
kerana belum sampai hidayah Allah
siapa yang beri hidayah? Allah. adakah kita sedang salahkan Dia tidak beri hidayah lalu kita tidak mampu mengikut perintahNya?
mungkinkah semakin senang dan kerana kita berada dalam zon selesa kita jadi manja
tapi jika kita percaya dan mahukan syurgaNya
betul-betul mahu dan percaya
kita akan berusaha ke arah itu
tanpa perlu tunggu rasa itu timbul
syurga itu bukan free. kita harus buat sesuatu untuk dapatkannya dan ternyata bukan senang. tapi pastilah setiap ujian itu ikut kemampuan kita
Allah tidak zalim
sama juga seperti cikgu tadika tidak akan bagi test add math kepada anak muridnya yang sekolah tadika
satu hari nanti bila orang lain tanya
macam mana si fulan ini boleh masuk syurga
dan Allah ada hujah buktikan si fulan memang layak
sebab bila Allah bagi test, dia berjaya tempuh
dia berusaha untuk buat apa yang Aku suruh.
kita? adakah azam dan kesungguhan itu dalam diri?
"Jika kamu datang kepadaKU secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang kepadaKU selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah"
dan, yang melihat dan mengkomen, bukan menghakimi yang pendosa adalah paling hina dan kita yang melabel orang itu berdosa adalah paling angel dan suci.
awas, orang yang dikutuk berdosa, masuk syurga lebih dulu dari kita kerana taubatnya
dan kita yang rasa diri dah cukup baik, terlempar ke api sana
nauzubillah nauzubillah
awas, orang yang dikutuk berdosa, masuk syurga lebih dulu dari kita kerana taubatnya
dan kita yang rasa diri dah cukup baik, terlempar ke api sana
nauzubillah nauzubillah
cukup.
soalan: siapa yang nak selamatkan dunia sekarang? kerja siapa?
-------------------------------------------
masa di klinik, tiba-tiba kerusi rosak
tak boleh bergerak dan lampu tidak menyala
memang patut cuak
sebab,
setiap musibah harus dan wajib ada perkara yang harus dipersalahkan
siapa?
orang terakhir yang menggunakannya,
orang yang sedang menggunakannya
pemilik kerusi
atau apa saja yang boleh dipersalahkan.
siapa yang mahu jadi pesalah?
tapi, jika kita seorang yang percaya
apa pun yang berlaku, jika sudah tertulis akan berlaku, maka ia akan berlaku
dalam apa cara pun ia berlaku, maka ia akan berlaku.
faham ke?
sebab bagi kita setiap musabab harus ada asbabnya..
tapi jika kuasa Allah, tak perlu ada sebab untuk apa pun berlaku
gelas pecah kerana jatuh
dan Allah boleh jadikan gelas pecah tanpa jatuh
qada' dan qadar juga kuasaNya bukan?
jika kita lebih beriman. lebih berilmu dan lebih faham...
p/s: pohon keampunan jika tulisan ini berlandaskan nafsu dan bukan keimanan
semoga setiap hati terima hidayahnya. dilindungi dari kejahilan.
6 comments:
orang terakhir yang menggunakannya,
orang yang sedang menggunakannya
pemilik kerusi
atau apa saja yang boleh dipersalahkan.
siapa yang mahu jadi pesalah?
tapi, jika kita seorang yang percaya
apa pun yang berlaku, jika sudah tertulis akan berlaku, maka ia akan berlaku
dalam apa cara pun ia berlaku, maka ia akan berlaku.
huu..stuju sgt2,its apart of our life,bole kata jadi tiap2 hari..
sorg manusia pastinya mahukan yg terbaik
tapi apa yg SUDAH berlaku itu,,.,walau mungkin di pndgn mata nampak cam buruk ,itu la yg Allah kata the best tuk kita ,yg ALLAH susun istimewa..
percayala,everything yg happen,semuanya mende baik,
nikmat tuk kita syukuri,kelemahan tuk kita perbaiki,tuk peningkatan diri mnjadi lebih super
Allah hu Akbar walillahilhamdh...
hidayah itu ibarat hujan yang menimpa semua...
'feel the rain on ur skin, no one else can feel it for u. only u can let it in'
bak kata maher zain, open our eyes, hearts n minds...
Allah hu'Alam... :)
FZ: mungkin sebab kita selalu dibaayangi pandangan orang lain dan pandangan sendiri kan. sebab xnak diperkatakan bla bla. huhu
saya sedih sebab dapat pegi HAMKA sekejap sangat2 macam xpayah pegi pun xpe. saya rindukan pencahayaan. tarbiyah perjalanan. rindukan akhwat. tapi mungkin ini susunan Allah yang terbaik. pandangan Allah yang paling baik kan..
tQ sebab singgah. :)
muna: sebenarnya, takut nak post menda ini. bukan untuk mengejei orang ini, mencari salahnya dan sebagainya, sebab kadang2 tu terfikir, kenapa dia jadi camni? sebab dia jauh dari islam. kenapa? sebab ramai orang yang patut bagi islam xsampai lagi padanya. mungkin. dan kita jika hanya duduk dan bercakap dan mengeji. sudah konfemkah kita masuk syurga. nauzubillah.
tetiba tulis benda xde kaitan. afwan.
semoga kita sentiasa berada dibawah rahmatNya. dan dipayungi redhaNya.
liyana:
salam. betol tu. kita takleh buat ape-ape pon, nak mengata tak kena, sebab semuanya milik Allah, sapa la kita untuk menilai kan.
issue gay ni dah lama wujud dalam masyarakat kita, cuma ini kali pertama ada yang berani memberi statement di public.
tapi bagi saya perkara ni amat sedih sebab, di malaysia masyarakat semakin menjauhi agama, dan semakin berani menunjuk-nunjuk keburukan mereka kepada orang ramai, seolah-olah ingin memberi tahu atau untuk ludah pada muka orang islam dengan berkata "amik ko, aku tak nak islam".
dakwah tak sampai, nak salah sapa? ibu bapa atau guru atau masyarakat atau pemimpin? mungkin bole salah pada diri sendiri sebab tak mahu celik kepada nikmat Allah.
wallahua'lam.
hansuke:
wsalam. kalau nak ikutkan ramai lagi kat luar sana. cuma yang ini yang melayu dan islam yang tetiba cakap depan2 buat pengakuan camni.
macam bengang juga sebabnya selamba je dia buat camni, lawan fitrah pastu tetiba macam nak bangga pula cakap kat semua orang.
tp sebenarnya mereka semua ini adalah mangsa keadaan. mangsa keadaan bila dunia takde sistem islam. tak semua yang dapat islam dan faham islam secara total dan tak amalkan secara total. takde contoh nak ajarkan islam secara total dan takde pun unsur2 yang menunjukkan islam itu best sebab tak semua orang amalkan islam itu sepenuhnya.
dan apa yang mereka nampak adalah sebaliknya.
kawan saya pernah share dr talk yang dia pergi, yg sebenarnya masalah gay ini bukan sebab dilahirkan mmg camtu, tp sebab environment dan pendedahan orang tersebut yg ubah naluri dia.
pnjang pulak. terima kasih sebab singgah.
wallahualam.
Post a Comment