(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”.
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
“Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!”
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.
al hadid 12-16
dan bila kita terlalu ralit dengan kesibukan
mungkin juga kita salah seorang yang akan mengungkapkan dialog diatas.
cuma persoalannya, karakter dan watak yang mana
“Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”
“Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”
“Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?”
“Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
membinasakan diri sendiri dengan perbuatan munafik
kemudian menunggu-nunggu kebinasaan umat
ragu-ragu terhadap perkara ugama
terpedaya dengan angan-angan kosong yang bagi kita paling tinggi dalam hayat
terpedaya dengan bisikan syaitan tentang azab yang tersedia buat yang ingkar. terlupa.
dan hinggalah maut menjemput untuk pergi
segalanya telah terlambat
kenapa Allah kata dengan perlahan-lahan hati menjadi keras, hingga jadi seorang yang fasiq
sebab ralit
ianya berlaku dengan perlahan tanpa disedari dan akhirnya
hati keras.
dan masa itu, segala kebaikan nampak hina
kemungkaran nampak indah
-----------------------------------------------
semalam saya dapat seorang patient walk in. seorang makcik.
dia datang dengan keluhan mahu buang sisa akar saja
tapi saya cek ada satu gigi berlubang di proksimal. mungkin boleh buat restoration class II
so saya buat test. reversible pulpitis.
dinding cavity di bur, dan base dia saya escavate saja sebab terlalu deep
hanya escavate. tak bur langsung.
tiba-tiba
tembus ke pulp chamber. dan berdarah. ho.
saya tanya makcik itu sama ada sakit atau tidak. jawapannya tidak. sudah tak merasa apa-apa. seriusly, semua gigi makcik itu dalam keadaan baik.
pulp gigi itu dah necrosis. meaning dah mati. sebab itu tak rasa apa-apa. saya buat x-ray gigi tersebut dan harus dibuat rawatan akar.
caries yang nampak kecil, tapi boleh matikan gigi hingga tak rasa apa-apa lagi.
jika hati kita? tidak dijaga bersih, rosak dan mati tanpa kita sedari. dibiarkan keras.
mungkinkah akan terasa apa-apa lagi bila disentuh cahaya?
p/s: berhijrahlah sebelum dihijrahkan..
mungkinkah akan terasa apa-apa lagi bila disentuh cahaya?
p/s: berhijrahlah sebelum dihijrahkan..
4 comments:
analogy yg menarik dan tepat mengena.rasa terzasss juga :)
mashaAllah... smoga Allah memegang kita kuat dan seharusnya untuk itu, kta yg harus 'menjagaNya' dengan ketat inshaAllah
mish u :)
terzasss kan ayat2 ni. masa murabbi share hari itu dah rasa macam nak nangis dah dia cerita panjang lebar tadabur ayat ni..
ameeen
misyu too :)
huuu... rindu kt mak2 usrah...
another way to go...
hopefully s.alam's still warm n welcoming (apakah?)
nt boleh share al-hadid... :)
'ibadurrahman juga ya :)
muna: banyaknye mak die..
so istikharah---> sh alam. tahniah sh alam, sebab dpat penghuni baru yang ayu lagi bergaya. :) tahniah awak juga, dapat sambung lagi keperingkat lagi tinggi
ape lagi, kibar2 skit sayap. sila kontek sape2 yang terlibat. jangan degil!
Post a Comment