5 Dec 2010

kerana manusia biasa



kerana aku manusia biasa.

---------

apabila kita mendengar orang berkata tentang tahap diri kita yang tidak berjaya membawa orang ke jalan yang betul.
sebenarnya Allah yang sedang berkata yang hidayahNya itu bukan di tangan kita. tapi di bawah kuasaNya.

dan kerana kita adalah manusia.
bila kita sedar yang itu memang hakikat dan kebenaran yang terjadi
pedih dan perit itu pasti terasa.
sudah pasti tangis kecewa itu ada

mungkinkah kerana jahiliah dulu masih bersisa
adakah ini refleksi diri yang belum cukup diperkasa
atau ia pantulan masa lampau yang penuh dosa?

kerana kita adalah manusia biasa
lemah hina pasti ada

ya

kerana kita manusia biasa

8 comments:

arissa myana said...

iA... smuany ad sebab dan yg paling utama, hanya kerana ada yang menyayangi lebih daripada yg menyayangi...

semoga Allah redhakn kita selamany...

Anonymous said...

kau terasa dengan aku kan. patutlah muram. baiklah, lepas ni aku rasa nak menjauhkan diri dari kau lah. sebab aku selalu cakap benda2 yang tak sedar lalu tersakitkan hati.

Liyana said...

seperti anak kecil belajar berbasikal. bila ia terjatuh mahu dibiarkan?

pasti diusap luka dan membantunya bangun dan cuba lagi.

mungkin ini teguran Allah. sebab terlalu culas

ameeenn semoga Allah redha.

Liyana said...

anon: tak cool langsung kalau nak terasa dengan benda-benda macam ini.

hansuke said...

salam.

setan pandai menipu manusia, termasuklah orang-orang beriman. segala perbuatan manusia setan akan mengetahuinya.

tapi satu perkara Allah rahsiakan daripada pengetahuan setan dan iblis, apa lagi kalau bukan 'Hidayah'. setan sibuk menipu manusia dengan pelbagai helah dan kejahatan, secara tiba-tiba sahaja manusia mendapat hidayah lalu berubah menjadi baik dan kembali kepada Allah.

lalu setan terus berkata: "sejak bila pula dia ini baik sedangkan aku tidak berhenti menghasutnya"

itu lah rahsia Allah, tiada sesiapa pon tahu akan bila ia akan berlaku.

kita lakukan dakwah demi menyampaikan berita baik Allah kepada manusia, hidayah itu datang dari-Nya bukan dari manusia.

wallahualam.

tepianmuara said...

salam.


moga Allah mengekalkan hidayah-Nya untuk kita.




cup!mahu tanya, mana eh nak dapatkan tulisan-tulisan salim a fillah?

terima kasih in advance.

Liyana said...

hansuke: wsalam wbt.

"hidayah itu rahsia Allah"

terima kasih kerana sudi singgah.

Liyana said...

tepian muara: wsalam

ameen..

jika di sini, boleh dapat di mana2 kedai buku. ada banyak di pasaran. sudah cuba online?

sama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...