28 Nov 2010

klinik

klinik. saya sedang mula menyukai kerja saya.
tapi cepatnya masa berlalu. kadang2 saya rasa macam tak sedar hari dah berlalu
tetiba dah nak weekend.
wekend pula singkat macam tak ada cuti
ahad pula sure sakit seluruh badan ho, juga ada bulatan keluarga penuh kasih sayang.

saya tak jumpa lagi lah posture betul untuk saya

tapi saya teringin nak share sesuatu

satu hari, saya lepas seminar radiology, saya pergi ambil instrument yg baru lepas sterile dekat bilik strelization lepas guna pada patient sebelumnya, nak simpan di klinik dan mahu balik terus. tak larat nak berlama-lama since saya tak ada buat apppoinment dengan patient hari itu, baik balik buat thesis

tetiba kawan saya minta tolong tampalkan gigi makcik ni
sebab dia tak sihat. demam selesema yang serius.

tampal amalgam
gigi atas kiri
gigi 26

heh saya pun ok je lah.

saya prepare pakai glove semua. barang-barang, kawan saya dah prepare dekat kerusi. isi status makcik ini. semua2 diagnose then apa treatment plan saya nak buat pada dia

and then baru saya sedar, hari itu hari khamis. hari yang doktor yang saya cuak2 steam ngan dia sejak preclinical

duh~

pastu saya termonolog luaran pula, "ya Allah aku lupa ari ni ari kames habis ahhh~"

haha biasanya kames org elak nak tampal2 ni sebab doc tu la.

nak taknak saya pun beranikan diri aja. kalau kena marah depan patient, saya akan pakai mask sepanjang hari.
tapi alhamdulillah dipermudahkan..
ibu tu pun ok sangat2 la walaupun banyak gak pancarobanya
saya kan guna kerusi kawan saya. tetiba kerusi rosak. haih tapi ini cerita lain.

nak cerita pasal makcik ni ha.
saya borak2 la. tanya dia datang since jam berapa. saya katalah saya akan gantikan kawan saya nak rawat dia. perkenalkan nama saya semua hehe macam dah pro padahal first time buat amalgam gigi atas kepada manusia hidup dan bukan patung

dia katalah dia ada adik belajar di UGM (uni gadja mada di yogja) ambil dental juga. adik dia pun klinik. adik dia la suggest ke sini cewah

saya pun dah ada modal nak borak sebab abang pun belajar kat situ kan. hihi~ saya tanya datang sini naik apa sebab jauh juga tempat dia. lagi jauh dari jatinangor.

dia kata lah naik mobil (kereta)
oh jauh2 ni siapa bawa?
supir (driver)

oh, ok.

saya tengok sebelah kawan saya tengah scaling sorang laki. kawan saya kata itu suami dia.
dalam hati "sampai hati cakap suami dia supir je"

rupanya memang dorang ada supir.

makcik ini nampak biasa sangat. saya mana tahu sebab macam batu loncatan (eh betul ke simpulan bahasa ini) tetiba je kena tampal. padahal saya kan nak balik. rupanya dia ni patient yang refer ngan specialist suruh tampalkan sebab dorang nak buat braces kat tempat specialist. whoah... sebab saya belek2 la status yang kawan pass kan. tengok gigi mana yang die suruh refer.

dia macam tahu banyak. kenapa kena guna amalgam gigi belakang, kenapa kena tampal sebelum pakai braces, kenapa kena kering sepanjang treatment. biasanya orang educated sikit ni, banyak hal. huhu (tak baik kan generalize orang)
silap kang kena sue susah pula. sebab saya kena tanya status ekonomi dia, sebab kalau dia tak mampu bayar, saya bayarkan treatment dia. oh, bukan saya memilih. cumanya, tak berapa suka sesuatu yang boleh mengganggu mood saya ketika bekerja. (adakah saya seorang yang tergantung mood?)

dia tak banyak komplen dan rilek je. masa nak balik banyak kali dia cakap terima kasih. makcik ini buat saya terharu lah.

saya bersyukur.

hehe :)

lepas habis tu saya pesan, ibu, nanti makan guna gigi sebelahnya dulu. sebab tak kuat lagi tampalan tu. pastu nanti buat appoinment lagi next week saya nak polish next week. kontek je kawan saya sebab tu kan patient kawan saya sebenarnya. ada lagi 2 tampalan. kalau nak buat braces kena settle gigi tampal2 dan kena gigi betul2 bersih baru boleh.

pastu saya minta maaf sebab saya buat lama. nak dekat 3 jam. sebab mesin amalgam rosak pula (ini pun another story juga- saya sambung mesin amalgam pada kerusi, lalu ia meletup dan kerus tak bergerak, lampu tak berfungsi tiba-tiba.) saya berlari ke blok sebelah cari mesin. nak jadi cerita, masa itu masa rehat. mana ada pekerja. pastu tetiba ada nurse baru lepas makan kat blok sebelah tu. saya cakap sorry sangat sebab nak minta tolong dia. dia kata la "sekarang kan waktu rehat" (nak sound saya sebenarnya)

saya kata lah patient nak balik dah. padahal kan, dah zohor. saya pun tak solat lagi, makcik tu pun tak solat lagi. anak-anak die pun ada, sure budak-budak tu nak makan tengah hari. haaa... sian budak-budak tu. nampak restless semacam so baik saya cepat-cepat takkan nak tunggu makan. padahal kena kering. sebab saya dah letak cement base.

banyak tak saya fikir.

and then selesai kerja saya. kena tunjuk pada doctor lagi.
dan saya dipermudahkan. doc kata dia nak tengok bila saya dah polish next week. alhamdulilah tak perlu lari banyak kali nak tunjuk setiap step. biasannya doctor saya ni die kan sangat teliti dengan kerja2 kami nak perrrrrfect sangat

alhamdulillah...

di sini pengajaran saya nak bagi ialah

kalau kita humble, kita nampak lagi tinggi berbanding kita bagitahu semua orang yang kita tinggi.
dan kan best kalau semua orang humble. setiap orang tak nampak beza dan semua orang adalah sama. tiada generalisasi.

and satu lagi, apa pun kerja kita tu kan. Allah juga kita kena harapkan.
saya boleh tukar version hari saya itu dengan something yang buruk.
macam saya stress makcik itu banyak songeh lalu doktor juga mood tak baik atau apa saja.
walaupun kerusi rosak tetiba dan mesin amalgam meletup serta berlarian dan penat sikit, tapi Allah mudahkan kerja saya dan saya happy :)
saya tak perlu harapkan doktor mana yang saya jumpa. doktor yang paling baik pun, tapi jika Allah nak susahkan, boleh je dia jadi garang tetiba atau susah nak approve.

alhamdulillah.

dan saya sangat-sangat suka orang yang humble.

tetiba kawan saya ingatkan yang saya ada appoinment pukul 1 dengan sorang lagi ibu nak buat gigi palsu. ho
saya lupa. padahal saya nak balik dah kan.

banyak benda saya kena ingat sekarang. kena catat setiap appoinment. kena tulis nak sms atau call patient yang perlu control. saya kena call sendiri

and one more thing. jika ada yang dari golongan tak mampu, saya kena bayarkan rawatannya.

makcik yang nak buat gigi palsu ni sempat untuk status je sebab cek2 gigi atas baru cabut dan still bleeding. tak baik lagi lubang bekas cabut. bawah pula ada ulcer, sakit. tak boleh nak buat impression. sian pula makcik ini. impression tu yang kita buat model. ambil cetakan gigi makcik ni so, nak ukur-ukur apa takkan pada mulut dia. tapi pada model tu.

plus saya sebenarnya turn masak hari itu. baru teringat dan barang tak beli lagi -_-" dan belum pergi pasar.

last-last masak apa yang ada saja. malam sebelumnya saya skype ngan mak. mak suggest buatla sambal daging
sebab daging korban ari tu ada lagi. lagi pula saya teringin makan nasi lemak. hihi~ so kami balik buat nasi lemak buah bidara. :)

sebenarnya saya ada quiz esoknya. clinical pathology, kelas dekat jatinangor jam 7. so kena keluar jam 530 pagi nak catch bus. tapi saya sangat penat nak study apa-apa malam tu, lepas isyak terus pengsan. esok pagi saya bangun la jam 330. tapi tak sempat nak study pun. sempat print nota study grup je kawan saya mail sebab kitorang nak buat std grup pun tak sempat dah sekarang. dapat notes je.. hoho

ingat nak study atas bas. baca scaning je la. tapikan, pagi itu. tetiba seluruh bas dah di charter oleh orang yang nak pergi bersukan dekat mana entah. kami  tak ada bas nak pergi. pastu tetiba tahan angkut. kami charter angkot walaupun mahal sikit. tahu tak angkot tu macam mana kedudukannya. hadu. payah nak cerita duduk dalam tu sejam lebih sakit pinggang juga. nota yang nak study memang gone with the wind.

dan... quiz tetiba cancel

Allahu

:)

satu lagi update.
hari tu, saya ada buat appoinment ngan sorang patient ni, tetiba dia tertidur. tak datang. rugi sebab saya dah mintak pada senior nak guna kerusi. kami kan kongsi. dan, saya boleh buat appoinment ngan patient lain kan kalau taknya.

tapi , patient itu rasa bersalah. dia bawakan saya makanan. sebab saya selalu tak sempat makan. saya sangat2 hargainya :) hoho

saya ingat dulu saya dah rasa sangat susah dan bizi. rupanya sekarang lagi dahsyat. saya kan, nak baca matsurat pun kadang-kadang tak sempat. saya ada hanya bangun awal utk qiam saja.

AQ juga tak macam dulu. itupun gagah2.
hafazan saya tak sempat langsung nak capai target.

saya takutlah saya jadi lemah. satu je. bekalan yang saya ada sekarang, saya kena tadabur semua benda yg buat. kena buat kaitkan dengan Allah. zikir.

betullah kata kakak murabbi, masa kliniklah kita nak tengok kita ini istiqamah ke tak. sungguh lemah sekali saya ini. banyak hak yang minta perhatian, tapi saya pun tak tahu mampu ke tidak nak penuhi semuanya.

nak jadi orang yang terer kena bijak kan. bijak uruskan apa yang dia nak buat supaya cepat dan terisi semuanya.

2 comments:

Nooreena said...

Salam.

*tarik nafas*

Panjangnya! Hehe ;)

Kalau kita boleh maintain sesuatu amalan tu (istiqamah) untuk 2 minggu, inshaAllah berkekalan selepas tu. Senior akak yang cakap.

Sedapnya nasi lemak~ (hari ahad yang lapar) -_-"

Liyana said...

wsalam.

cepatnya komen! :)

saya pernah dengar juga dr fadhilah kamsah cakap juga. tq for sharing akak :)

sedapnya nasi lemak sambal kerang! *drooling*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...