saya ingat nak share saja, nak beritahu kepada semua yang tak tahu yang sebenarnya umat zaman sekarang dah tenat sangat. memang sangat tenat. tapi saya malu sebab pelakunya adalah orang islam dan melayu.
okay sila bayangkan scene itu mengikut imaginasi sendiri.
ada beberapa remaja sedang merakam pakcik tua yang mengemis di tepi tiang di tengah bandaraya KL. pakcik itu bersandar di tiang sambil tertidur.
remaja yang sedang merakam ini menghampiri pakcik itu dan merakam rakannya yang seorang lagi berlari lalu melempang kepala pakcik itu hingga terkejut badak. terkulat-kulat pakcik itu angkat dua belah tangan elakkan dari dilempang kali kedua. sangat innocent.
(gambar hiasan)
lalu mereka lari-lari dan bergelak-gelak. macam ini satu perkara yang sangat lawak dan menyeronokkan.
bila tengok rasa macam.............
ini ke jenis lawak zaman sekarang? dan ini ke generasi akan datang. nak tunjuk semua ni kepada adik-adik kita yang bakal lahir? moral ini ke akan jadi contoh kepada generasi akan datang?
pakcik itu, entah-entah sebatang kara, ditinggalkan keluarga, tak ada siapa-siapa. terpaksa duduk tepi jalan sebab tak ada rumah. dah tua dan tak larat nak bekerja. cuba bayangkan itu saudara sendiri dan ibu bapa sendiri.
saya tak kisah sangat kalau orang itu sihat dan bertenaga, tapi saya kisah juga sebenarnya. tapi ini orang tua.
astaghfirullah...
memang keji nak kutuk habis. kalau Allah nak balas atas muka bumi ini, tangan pelempang dah lumpuh digigit tikus tak pun kena infecton sampai gangrene dan membusuk dan bernanah dan terputus dengan sendirinya. itu melalui pandangan di dunia sebab benda ini kita pernah nampak.
tapi jika Allah nak balas di akhirat, sudah pasti lebih dahsyat dari itu semua. dan satu siksaan yang kita sebagai manusia tak sanggup nak tengok sebab Allah berkuasa atas segala apapun yang Dia mahukan.
dan jika lihat dari sudut lain, kita yang mengeji kat sini, apa yang kita buat nak banteras segala kejahilan, kemungkaran ini.
kenapa kan orang sanggup buat semuai ni? sebab tak ada pegangan, tak ada rasa berdosa. kenapa? sebab tak rasa ada Tuhan. dan tak rasa akan dibalas.
jadi, apa solusinya selain membazir peluh menaip kejian?
5 comments:
At least u r aware of the surrounding and try to warn people about it..
i think that's an honorable step you can take to try to solve these disrespectful doings~
salam.
susah la liyana. dari manakah kita mahu mulakan? nak patah ke belakang sejauh mana? memang susah.
sebabkan dari awalnya sudah pon rosak, akar umbi yang kurang baik macam mana nak bentuk orang seperti ini.
saya tak tengok pon video tu lagi, tapi dengan apa yg awak tulis saya terus terlintas kepada video kelakar jepun dan barat. lawak yg dianggap lawak dimata org yang tak bermoral akan tetap jadi sesuatu lawak walaupon ia menginiaya orang lain. contoh terdekat dimalaysia pon ada, wakenabeb dan bang bang boom. tak semua lawak mereka adalah lawak bagi saya ini semua pengaruh dari rancangan seperti ini. bukan saya mahu menuduh sesiapa tapi ini realiti.
satu lagi, org yang melihat video seperti ini dan tidak merasa apa-apa, tidak membuat tindakan apa2, memberi komen pula seolah2 memberi dorongan kepada mereka untuk lebih melakukan yang buruk lagi. saya yakin nanti mesti ada lagi video seperti ini kerana sifat manusia yang mahu lebih dan ingin melawan org lain untuk mejadi yg paling 'terbaik'.
macam mana pula org yang menerima video seperti ini, patutnya menghentam hebat mereka yang menyokong.
entahla, sedih memikirkan umat dan org melayu kita, semakin lama saya bergaul semakin banyak benda saya tahu dah bongkar activity org kita yang mengaku islam, dan ia amat menyedihkan. (sigh).
saya dapat berita mereka yang buat video lempang pemgimis tu ialah budak yang selalu lepak kat bukit bintang.
mereka-mereka ada buat video lain jugak. sila copy/paste untuk lihat video mereka yang satu lagi:
http://www.youtube.com/watch?v=Xj5R1OvDR5Q
fauzee: actually, i didnt do anything. at one point i began wondering, is it enough for us just telling people about it, and then people will talk about it and after a moment people will forget. and then onother issue came out, people will talk again, and then they forget. nothings change. entahlah~
btw thanks for dropping by eg. :)
hansuke:
wsalam
itulah, kadang2 tu rasa mcam baik tak tahu apa2 daripada tahu dan rasa kesal tengok semua ini. ini baru yang tertunjuk dekat internet. yang tak tunjuk dah berapa agaknya.
nak ubah dunia keseluruhan macam tak mungkin, mungkin kena buka fokus besar sikit, mungkin ada orang2 dekat yang ada potensi jadi baik trylah bantu. sebab ramai yang nak kebaikan tapi takde siapa nak tolong.
betullah. kalau nak ubah orang macam ni taktahu lah nak cakap apa. hati pun Allah yang pegang, hidayah Dia pun Dia yang bagi. doakan orang camni balik ke pangkal jalan. duhh~ tapi memang kesal. takkan ini je yg kita mampu buat?
komen2 dan kutuk2 orang dekat video itu pun, sampai bila beratus2 komen dah tapi adakah ia dapat ubah semua ini. ha, itulah orang suka kan komen dan cakap. last2 tak ubah apa2 pun.
Post a Comment