Percakapan antara Allah dan Iblis tertulis dalam QS.Shad:79-85 :
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.
Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari Kiamat).”
Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.
Allah berfirman: “Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Ku-katakan,Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.
sebab itu kita sentiasa diberi peringatan sebab Allah sayang kita.
zaman sekarang ada yang tahu tapi tak buat. atau pun tahu tapi tak faham, maka dia tak buat. dan sekarang tugas kita beri faham dan bukan beri tahu.
jika perasanlah, orang islam diserang dari segi terang-terangan dan tersirat. terangan macam yang dekat palestin itu. dan terang-terangan susah sangat nak bagi bantuan. tersirat, serangan dari segi minda. pasti kita akan berada dalam keadaan siap sedia. dengan perisai, dengan persiapan mental fizikal dengan senjata. (bukan senjata leteral meaning)
lagi-lagi kita ada musuh sepanjang zaman sepanjang masa dan sepanjang hayat, iaitu iblis. iblis yang hidup lebih lama dari kita pasti dah tahu trick-trick nak jatuhkan manusia supaya boleh temankan dia di dalam annarul kubra. api yang besar iaitu naraka.
jika dulu kita nampak iblis menggoda dari segi kejahiliahan sekarang kita boleh nampak dari segi ketakwaan. kenapa kata camtu? contohnya dr mustafa sibaie;
syaitan boleh goda kita bukan dalam baju kemaksiatan saja, malah melalui baju ketaatan. bila dah solat malam tapi dalam hati ada riya'
goda dengan menggunakan wanita dengan alasan kasihan taknak jadi mangsa dunia
goda berkawan dengan orang-orang yang buruk supaya kita bersifat munafik dengan orang yang zhalim dengan alasan kita boleh beri petunjuk kepada mereka
goda kita dengan menghebahkan keburukan lawan dengan alasan amar ma'ruf nahi munkar dan memecah belahkan jemaah dengan lantang dengan alasan menyuarakan kebenaran
goda kita tidak memperbaiki orang lain dengan alasan nak baiki diri sendiri dulu, dan menggoda kita supaya tak beramal dengan alasan sudah takdir
"dah takdir aku dilahirkan jahat..."
goda kita supaya tidak menuntut ilmu dengan alasan sibuk beribadah, menggoda kita tinggalkan sunnah dengan alasan sudah ikut orang-orang soleh
goda kita agar autoriti dengan alasan demi tanggungjawab dihadapan Allah dan sejarah dan goda untuk berbuat zalim dengan alasa memberi kasih sayang kepada yang terzalimi.
memang terzasss habislah. dalam semua jenis sudut iblis selit-selit nak goda kita tanpa kita sedar, apatah lagi terangan yang kita nampak dengan mata kasar dan boleh kita nilai sendiri memang salah. itu belum yang kadang-kadang terkonpius salah ke betul apa yang berlaku sekarang. ataupun dengan benda yang nampak saja betul tapi sebenarnya salah.
pawn!
macam semalam, saya baca belog dan paper. kalau dulu kita nampak kemaksiatan itu orang malu lagi nak buat depan orang lain. sekarang, kat tepi jalanraya, sampai orang dah hon-hon still buat tak tahu atau terangan di mana-mana sesuka hati buat aksi macam orang takde pegangan dan sah-sah orang itu islam.
belum lagi dengan terangan dekat internet dunia tanpa batasan sebarkan benda yang aibkan orang dengan alasan amanah nak jaga wanita itu tapi sebarkan gambar perempuan itu tak tutup aurat, sentuh-sentuh. amanah ke tu. melindungi ke tu. dan bila tengok komen, ada orang anggap itu biasa. ada orang anggap itu salah, dan ada orang anggap itu betul. ada orang respek.
satu benda yang islam tak ajar tapi dengan bebasnya guna nama islamic. dddddaaaaa~
betullah ada satu ayat orang kata, nak kenal islam itu bukan pada penganutnya
lama-lama saya jadi jijik. pastu tutup semua [X]
hebat kan serangan yang kita dapat?
No comments:
Post a Comment