8 Oct 2010

istiqamah


hari ini saya rasa gembira sedikit sebab saya dah confirm judul untuk tesis saya nanti. walaupun saya tak berapa suka microbiology sebab kena buat culture dan bekerja bersama-sama microbe, saya rasa lagi okay dari tunggu untuk tajuk diconfirm ke department. selepas dua kali, 4 judul ditolak. (semua yang saya suka pula tu) hampir 2 minggu juga saya tunggu. microbiology mungkin bukan sesuatu yang buruk kan? doktor pembimbing juga macam kelakar dan baik hati. mujur dia ada streptococcus (species yang jarang orang guna pula tu) nak bagi dan saya tak perlu cari atau beli sebalang berjuta-juta (rupiah) harganya. mujur-mujur. fuh. (tak sangka harga bacteria pun mencecah berjuta) sebenarnya saya tak pasti di mana saya dapat kekuatan untuk bertenang. sebab sejak tahun satu saya memang tidak minat dengan microscope dan makhluk 'halus' itu. Allah paling tahu ini yang terbaik buat saya. insyaALLAH.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

minggu depan pula ada OSCE (objective structured clinical examination). macam tak percaya saya dah berada di sini. saya tak pasti saya dah sedia belum. berhadapan dengan manusia yang betul.

hari itu, clinical radiology, saya kena buat radiographic periapical photo atas diri sendiri dibantu oleh dua orang kawan. yang menarik tentang image radiograph ini, kita boleh tengok apa yang kita tak nampak secara extraoral mahupun intraoral. dan boleh diagnose apa penyakit oral yang dihidapi. termasuk punca-punca malocclusion. biasanya, kerja-kerja terdedah dengan radiasi ini agak membahayakan. paranoid juga. tapi memang sejak belajar penyakit, semua benda pun nak paranoid. cuma, kita kena percaya tentang kun fayakun. selagi Allah mahu ianya jadi, maka jadilah. vice versa.

once diri terdedah dan tak pakai protection dan tak berjaga-jaga dan hati-hati, kemungkinan besar kita boleh dapat penyakit dan kelainan pada kehidupan.

dalam hidup ini, apa protection yang boleh pastikan kita selamat di penghujung nanti?


related dengan post larian ini

hanya orang yang dah sampai ke garisan tamat yang tahu bagaimana rasanya berada di akhir. dan yang masih berlari dengan baton dakwah di tangan, kena teruskan larian juga walaupun banyak rintangan. pegang baton kemas-kemas dan tak terlepas, sebab ianya dah di pass kepada kita dari orang sebelumnya. amanah. sehingga kita hampir di garisan penamat juga pasti ada ujiannya. selagi belum sampai. selagi itu kita akan diuji. bagaimana rasanya berada di akhir garisan Allah dah tulis. pasti manis kan? yang paling manis bila keinginan untuk bertemu rasulullah, dan sahabat-sahabat yang lain memuncak di akhir garisan nanti. jadikan itu sebagai satu motivasi.

pasti ada sedih. pasti ada lelah pasti ada luka. terjatuh. jika kita seorang pelajar, kita akan diuji dengan pelajaran, jika kita seorang pekerja, diuji dengan kerja. diuji dengan social life dan sebagainya. selagi mana kita berada di dunia, kita akan diuji dengan dunia kita. 

biasanya benda yang paling kita sayang dan paling penting dalam hidup kitalah yang akan menguji kita. sejauh mana kita mampu menghadapinya.

"harus istiqamah dan semoga Allah menjadi matlamat utama"

3 comments:

pencinta bahasa said...

salam kak..:)
semoga dipermudahkan urusannya.
post ni ada kaitan dengan post baru zati. zati suka akak selalu gunakan analogi yang menarik dalam post2 akak.
streptococcus bakteria yang duduk dekat tekak kan?

Anonymous said...

salam,yana..
tim nieyh...
baru je lps sakit aritu...siyes fobia pown ada...
betowl2xx...Allah kata kun fayakun..smua jadik....
anyway,,saya suka video tue...selamat bjuang yana!!!!

Liyana said...

tim: saya tak ada number talifon awak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...