3 Oct 2010

dagang


ternyata manusia memang berbeza. satu peringatan buat diriku sendiri. jika satu teguran itu berlandaskan nafsu, lebih baik diam. aku tak pasti satu teguran di depan yang lain dengan suara lantang. sehingga mengaibkan itu satu cara yang bernas dan bijak. kasihan biarpun orang itu memang bersalah. bagaimana jika dengan cara kita itu lebih menjauhkan, bukan mendekatkan.

kisah saidina Ali yang pada ketika perang sudah menghunus pedang ke leher musuh. tiba-tiba dia diludah. lalu dia berhenti dan berlalu. si musuh bertanya, mengapa tidak dibunuh saja dirinya? saidina Ali menjawab yang beliau tidak mahu niatnya membunuh itu kerana marah. tapi kerana Allah.

fitrah manusia mahukan kebaikan buat diri sendiri. cuma kadang-kadang diri terhijab. orang berdagang. perlu sabar untuk mendagangkan barangan kita. bukan dengan paksaan. sabar biarpun ianya tidak mudah. memang tidak mudah.

bila menjadi pemerhati dan mendengar. aku jadi bimbang. ramai yang mendengar dan melihat juga. bezanya tafsiran dalam minda dan hati masing-masing.

gugup namun harus berani. bagiku, langkah pertama adalah satu cabaran yang paling besar untuk dibuat berbanding langkah-langkah seterusnya. tapi jika kerana islam. tutup mata. teruskan langkah.

jika benda yang boleh menimbulkan pertelingkahan antara sesama muslim. elakkan. kita orang berilmu, act as one. jika perlu kompromi. silakan. jika perlu komunikasi dan berbincang, lakukan. bukan dengan cara menarik perhatian yang berupa sindiran bisu. melepaskan perasaan.

aku tak suka berbicara soal ini kerana ia seperti di luar dari apa yang patut aku fikir dan lakukan. dakwah. namun aku tak berapa setuju bila dengan cara ini, orang melihat islam dengan pandangan yang salah. yang bertudung labuhlah akhlak tak melambangkan yang sepatutnya. sedangkan apa yang kita belajar. akhlak baik yang merupakan satu dakwah. bukankah ia juga dalam salah satu dari muwasafat tarbiyah kita

dengan amalan kita, kenapa masih tidak merubah akhlak kita. tutur kata kita. adakah semua itu sudah tidak lagi mampu membasahkan hati? dari hati terpamir pada sikap dan tutur kata.

amalan yang menguatkan kita untuk bergerak. manakala amalan tanpa bergerak buat kita lesu. bimbang sangat, jika tak benar-benar menjaga dan tidak bersungguh. membantutkan dan mengeffect satu gerakan. kerana kita adalah tali antara satu sama lain.

mahu islam cepat di atas. tapi kita masih leka dan lambat. tidak menjaga. lihatlah dari pandangan besar dan keseluruhan kerana dunia ini bukan kita sendiri. bercakap itu ini tapi kita sendiri yang melambatkan.

islam tidak menyusahkan tapi membahagiakan. islam tidak sempit malah melapangkan. buktikanlah. tunaikan shahadatul haq kita dengan cara paling baik dan berhikmah.

biarlah mata yang pertama yang membaca nukilan ini, meresap ke jiwa. mengingatkan diri sendiri yang menulis.

2 comments:

Nooreena said...

Salam

Cerita 1
Kawan akak pernah ditanya oleh rumetnya, "Rasanya nak keluar jap lagi ni nak pakai tudung ke tak eh?"

Kawan akak jawab mudah je, "Tudung tu ringan je kan?"


Cerita 2
Akak borak2 dengan member. Dia kata sepupu dia dah berubah secara drastik. Tiba2 jadi alim 'gila'.

Akak tanya la apa yang sepupu dia buat.

Dia jawab, "Sepupu I tu tiba2 kata kami takleh salam. Dia kata haram. Ala.. sepupu je pun. Mana ada perasaan pape."

Terus akak terdiam. Hm..


Level kefahaman setiap orang tu berbeza2. Akak sekarang tengah fikir cara camne nak sampaikan supaya takde yang terasa.

Semoga kita terus kuat. InshaAllah

Anonymous said...

salam kak erin yang lemah lembut,

semuanya perlu stage kan. slow2. dan kena sabar. asalkan kita cuba dari tak buat apa-apa langsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...