teruskan juga pembacaan. sudah temui tajuk yang sesuai minat untuk thesis. mula membuat ouline draft mengikut bab. beberapa jam kemudian, baru pintu terbuka. ada makcik baik hati tolong buka.
sem ini tajuk di tolak. sebab sedikit menimbulkan kontroversi. katanya. mentah-mentah ditolak.
cuba terima tajuk yang less suka. belum nampak hujung pangkal research untuk tajuk yang ini. belum ada perancangan. ya ini yang terbaik. mungkin boleh belajar lebih. belajar menyukai sesuatu. bukankah tak semestinya benda yang kita tak suka itu tidak baik untuk kita? bagaimana islam ajarkan dia untuk lebih redha berbanding dulu. lebih tenang dari dulu.
sudah masuk fasa permulaan tahun klinikal. perasaan belum bersedia juga ada. musuh utama sekarang adalah masa. berkejaran setiap hari. ada hari yang jam 530 pagi sudah keluar rumah ke stesen bas. sampai petang. balik sudah penat. rasa macam tak sempat langsung nak tengok benda-benda lain.
lega sikit esok tak payah keluar jam 5.30 pagi ke jatinangor.
setiap kali mahu menulis ditinggalkan separuh jalan, sebab diserang musuh baru yang namanya masa itu.
hobi atau profesi yang seperti darah daging. perlu reset niat dan priority. sem ini mahu kerja dengan lebih-lebih kuat lagi. tiba-tiba Allah uji dengan hobi. mujur pass masuk klinik. dentistry bukan semudah yang difikir-fikir. walau apa pun, perasaan cinta pada profesi semakin bertambah-tambah. tetiba terganggu pula. semakin hari semakin mengusik perasaan kerana "Islam tidak meminta masa lapang kita. Islam tidak meminta masa lebihan dan masa penat kita, islam perlu lebih dari itu". rasa sedikit ralat kerana dia seperti sukar tunaikan apa yang patut.
ahad lepas liqa di jatinagor. bertolak jam 540 pagi ke sana. pulang petang itu tertidur dalam bas. boleh pula konduktor kejutkan. sekarang ini lebih banyak tertidur atas bas. hujan lebat setiap petang. sejarah usrah dikongsi. pengisian daurah yang tak dapat hadir hari itu. alhamdulillah. muna juga ada kongsi dalam mail. subhanallah.
harapan supaya boleh jadi gadis zenit dan nadir
harapnya.
doa penuh pengaharapan.
risau juga bila takut dan melebih-melebih layan dosen dari sewajarnya. insiden masa tunggu dan terdengar seorang kena tinggi suara dari luar pejabat. mengingatkan diri. innallahama'na.
setiap kali mendengar lagu ini. tenang. memujuk.
p/s: terima kasih perkenalkan versi baru lagu ini
No comments:
Post a Comment