23 Aug 2010

bukan mudah



hidup. tanpa perasaan, tanpa 'ruh' dan tanpa jiwa. setiap helaan nafas, setiap degupan jantung hanyalah ibarat detikan jam.

kadang-kadang itu apa yang kita tulis reflect apa yang ada di dalam. dan yang di dalam kadang-kadang punya pengaruh dari luar.

aku baru sedar sesuatu. tak dinafikan. berada di kelelilingi sahabat-sahabat yang insyaAllah solehah buat kita rasa selamat. salah akan ada yang betulkan. rasa selamat.

tapi bila kita berada dalam suasana yang membuatkan kita rasa insecure. berjaga-jaga sentiasa supaya tidak futur. tidak tamayyu'. lagha dan leka.

keduanya ada ujian tersendiri

yang satu. tanpa sedar, amalan boleh menjadi satu rutinitas. tiada rasa. hambar.

yang satu. tanpa sedar, kita berusaha sedaya upaya supaya tidak futur. tidak melarut dan sebagainya.

susah kan mahu menjadi orang-orang yang benar-benar mantap hatinya. setimpal dengan ganjarannya.

satu situasi di dalam bas menuju ke bandung dari jatinangor. perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. ada seorang pakcik yang sudah tua usianya terpaksa berdiri kerana tempat telah penuh. mulanya dia tegak. kemudian menongkat satu kaki saja. mungkin lenguh.

dua orang yang duduk di pojok,

kesian pakcik tu, kamu panggil lah dia duduk disini
kamu lah panggil biar saya bangun
tak-tak kamulah yang panggil

akhirnya salah seorang berkata
kita nak buat kebaikan pun saling bertolakan kan?

keduanya terdiam sebentar. malu. malu dari belakang ke depan dan dikelilingi penumpang lain. jika kita nampak akhirat itu, pasti tiada alasan dan tiada lengah untuk buat kebaikan. malu dipandang dunia.

sekarang ada 2 perkara yang membuat aku sedikit sebal.

kita tak boleh memaksa orang lain sepertimana orang lain tak boleh memaksa kita.

satu perkara. memang susah untuk fahamkan dan twist satu benda yang dah kita percaya dan pegang sejak lahir. kita sendiri, bukan mengambil masa sehari dua.

sekarang, mungkin akan ada yang akan push kita, bilamana kita futur. akan ada tanyakan kita ok ke tak. tapi satu tahap, satu masa, semuanya berbalik pada diri kita sendiri. sama ada nak atau tak nak. jika kita futur, kita sendiri yang kena sedar dan berusaha berbalik kepada Dia.

semua orang sudah tiada masa mahu menjaga kita lagi. masih ramai lagi yang mahu di bentuk. sudah cukup zaman untuk manja.

dan pada ketika itu, baru kita sedar, niat kita untuk Dia atau apa. kita berada di sini kerana best nya ukhuwah, bestnya ada orang-orang lain yang baik berada di sisi.

walhal patutnya sebab Dia yang paling utama, ukhuwah dan ke  best an bekerja itu come second. nak turas niat yang benar-benar tulen juga bukannya mudah seperti yang di sangka. bila dah berpenat sangat-sangat, tetiba terfikir, betul ke niat untuk Allah atau memang hobi kita suka berpenat dan hidup dalam kesibukan.

jika kita nampak akhirat melebihi dunia...

puds,
RI zilal
jakarta

5 comments:

dolat said...

i thought you dah balik rumah kuning?

I'm Seri said...

Salam Ramadhan Liyana,

Balik tak Malaysia cuti Aidilfitri? Semoga segalanya dipermudahkan ye.

Nooreena said...

Salam Yana.

Akak tengah sakit perut teramat sangat ni.. Rasa nak nangis guling-guling kat ofis. Dah rasa tak peduli orang nak pandang, pandanglah. Then tergerak hati nak lawat blogger home. Nampak Yana ada entri baru. Baca. Huwaa... rasa terkesan di hati. Baru teringat yang puasa hari ni kerapa apa. Kerana Allah Ta'ala. Jadi jangan merungut. Huk.


PS: Serius.. akak sakit perut sangat-sangat ni... ;(

Balqis said...

salam liyana,

akak nak mohon kopipes entri ni ya. terima kasih. =)

ain said...

bila dah berpenat sangat-sangat, tetiba terfikir, betul ke niat untuk Allah atau memang hobi kita suka berpenat dan hidup dalam kesibukan.

jika kita nampak akhirat melebihi dunia...

tergamam. harus refleksi semula. muhasabah. jzklh yana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...