24 Aug 2010

kelam



dia menemani temannya berbelanja di tenabang. terasa seperti ada tangan membuka zip handbag. serta merta menoleh ke belakang. orang itu pantas menutup kembali zip beg dia dan zip beg sendiri. mungkin kerana kurang pantas. cubaan mencopet gagal.

dia bertistighfar berkali-kali kerana kaget, wanita bertudung itu berlalu. raut muka selamba.

isi beg diperiksa. wang infak, envelope tiket ke yogja. masih ada. syukur. yang dirisaukan benda amanah.

bukan trauma. tapi ini buat dia berfikir.

kesal dan kecewa mungkin

di bulan ramadhan..bulan keberkatan. bulan Allah paling-paling pemurah mengampun dosa memakbulkan doa. bulan orang patut berlumba-lumba beribadah.

tapi

dengan berita jiwa kecil yang mati dibuang setiap hari. kezaliman dalam keluarga. dalam keluarga sendiri..hanyut dengan anasir jahiliah

jika di bulan ramadhan syaitan di penjara. atas dasar apakah segala jahil yang masih bersisa?

beginikah umat sekarang?  ini kah yang ada dalam jiwa kita?

serius. betul kata kamu kawan, sekarang bukan masa berperang dengan pesaing atau apa pun. tapi berperang dengan jiwa sendiri.

banyak. sangat banyak yang perlu dibuat. kerana islam, kita kena push juga diri. bukan kerana kita suka atau tertarik untuk buat sesuatu. tapi sebab islam yang menolak kita untuk bekerja..

puds
RI zilal
jakarta

4 comments:

hanafijaafar said...

saya suka entri ini.

Nooreena said...

Salam Yana.

Alhamdulillah tak jadi apa2. Tiba2 akak ada sau soalan, camne kalau akak yang tolak Yana? Hihi. Happy fasting on the 15th! :)

donutcokelat said...

dimana anda dapat ketenangan itu? telah ku bayangkan raut wajahmu yang gelabah. ternyata aku salah :) hati2, dan semadikan pengalaman tu. tak sangka kau selalu akan dapat pengalaman hebat tapi mencuakkan. kau selalu jadi mangsa keadaan. rindu rindu rindu. nanti pulang aku nak peluk kau sampai kau lemas.

arissa myana said...

sila bertabah...

saya terbaca satu phrase "bila syaitan dirantai, nafsu pula bermaharaja lela" mungkin apa yg berlaku kesan 'tarbiah' organisasi syaitan... Allah hu'Alam..

IMU VVM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...