dan campakkanlah ashobiyah dari hati kalian dengan tegas Rasulullah bersabda: "Bukan termasuk golonganku yang menyeru kepada Ashobiyyah (kelompok/suku/bangsa), berjuang untuk Ashobiyyah dan mati untuk ashobiyyah"
mungkin kita ini terlalu defensif dan mudah diprovoke. tidak melihat dan tidak mendengar.
***
kerana sayang, mahu saja aku luahkan semua yang kutahu. tapi pesan seseorang, kita tidak boleh gelojoh. segalanya perlu peringkat. setiap orang tahap fahamnya berbeza. sedangkan al quran turun kepada para sahabat juga berperingkat.
mahu mendidik diri memenuhi 10 muwasafat tarbiyah. menjadi individu muslim. bukan sekaligus.
tanpa kita buka minda dan melihat dari sudut pandang yang berbeza, sejarah dan turun naiknya islam itu kita akan nampak sebagai satu penyesalan dan seterusnya? pasal sejarah. semua orang pun dah tahu.
apa peranan kita jika benar kita sayangkan islam ini.
apa perubahan yang kita dah beri. ambil tahu tentang umat seluruh dunia? ambil tahu dalam diam kita tertindas dalam pelbagai sudut? ambil tahu tentang semua perkara yang bermain-main disekeliling kita?
media yang menipu. kemarahan sesama saudara sendiri. dimana tempat umat islam tidak bercakaran sesama sendiri?
usaha untuk islam atau untuk diri sendiri?
luaran bangga katanya sudah meredeka. tapi hati masih dijajah jahiliah.
jika orang mencaci maki agama, panas sekali keletahnya, tapi adakah kita sudah cukup mengubah apa yang ada yang ada dalam diri sebelum menyalahkan orang lain?
aku kira, untuk mengajak orang yang tersayang lebih rumit berbanding orang yang tidak dikenali. lagi rumit orang yang tahu banyak tentang diri kita.
banyak kali aku mengingatkan diri, lagi kita fikirkan apa yang ada dalam hati atau pemikiran seseorang, lagi rumit kita rasa. walhal, semuanya terletak di tanganNya. hati setiap manusia di bawah penguasaanNya.
sekarang, aku sudah tidak kisah.
berapa ramai orang yang mahukan islam. yang mahu, orang akan berusaha beri dan kongsi. tapi kalau kita yang mahu tidak mahu dan hesitate. aku pun tak pasti berbaloikah untuk tunggu.
mohon Allah beri yang terbaik. ikhlas hati.
puds,
jatinangor.
1 comment:
'berbaloikah untuk tunggu...'
semoga Allah tuntun setiap langkah juga tindakan kita...
hey, IMU
Post a Comment