17 Sept 2010

koc

sepatutnya hari ini kena pergi daurah. tapi tak dapat restu. ingat nak lari je. tapi bila fikir balik. biarlah apa pun yang kita buat itu, orang yang bertanggungjawab atas diri kita betul-betul izinkan dengan rela hati.

hari ini pertama kali guna koc wanita yang digembar gembur sebelum ini. ceyh. baru first time. pertama kali juga naik dari stesen berdekatan rumah. nak jumpa sisters. tak kesampaian nak capai satu impian iaitu nak bersama muna berdaurah bersama. cis. tak kesampaian juga nak dapat pasal ayat ibadurahman sekali lagi versi di sini. terserempak few yang nak pergi daurah kat central. dan terserempak juga few kat mph.

sementara tunggu sampai destinasi. dengan mp3 sambil baca buku.

di satu stesen. ada dua lelaki masuk. then bila perasan itu koc wanita. mereka keluar balik. tapi masuk balik sebab pintu dah tertutup. tapi pergi koc lain lintas melalui sambungan antara koc.

sampai dekat stesen lain seorang lelaki masuk. ada banyak lagi tempat kosong. tapi duduk betul-betul sebelah aku. pergi lah duduk tepat lain. ish.

incek, ini koc wanita. baca tak tu..

masa dah nak balik. satu grup lelaki. masuk lagi berhimpit dengan wanita-wanita dalam koc wanita. sambil-sambil itu mulut tak pandai nak diam

"perempuan ini memang suka berjalan kan"

"lantak la berhimpit pun"

"weh perempuan tu pandang slek."

dan seorang ini duduk tengah-tengah diantara dua kerusi jadi dia telah menguasai dua kerusi untuk dia seorang dan ada orang lain yang berdiri. ya Allah, tak pernah lagi jumpa orang seselfish ini. sejak balik malaysia. semua benda nak komplen. dari fesyen, baju, tudung, sampai ke siaran tv, surat khabar. itu belum masuk adab, customer service..hmm hmm penyakit komplen dah datang balik.

bukannya nak seksis ke apa. takkan lah benda simple camni pun nak kena ajar. susah sangat ke. tak ada ke rasa malu bila dah tahu kita tu salah. dah ada benda yang kita kena kena ikut, pastu kita tak patuh itu maksudnya apa. nak kata civilized. tak tahulah nak cakap apa.

raya kali ini tak berapa meriah. tok sakit, paknjang pun tak sihat. dah setahun tak jejak kaki rumah itu. rasa macam sangat lama.

hari itu buat open house. kak erin datang. first time jumpa kenalan blog!  ;)

nak jadi cerita kawan kak erin kakak kawan satu batch masa sekolah. dah kantoi buat open house tak ajak.

apa pun. kepulangan ke tanah air yang sangat mengecewakan. tapi gembira sebab jumpa orang-orang yang membahagiakan.

tapi apa pun, banyak kali tanya diri sendiri. adakah awak tu produk ramadhan yang berjaya atau pun tak. dah tertutup dah window of opportunity kat situ. serius. sejak dua menjak ini memang banyak benda yang jadi.

hmm
puds
BC
malaysia

3 comments:

Nooreena said...

Salam Yana.

Serius tak suka lelaki yang suka-suki masuk koc wanita. Bukannya tak reti membaca. Ish!

Tau tak masa naik tren ke Bt Caves semalam, akak sorang je perempuan Melayu dalam koc tu. Terasa seperti perempuan Melayu terakhir. Seram. Dan sedikit geli hati. Seram sebab 90% dalam tren tu lelaki India, Thai, Indonesia, Filipina dan Myanmar. Huhu...

Btw nasi dagang sangat sedap! Alhamdulillah ada jugak rezeki nak rasa. Tak pernah try pun sebelum ni. Nanti nak belajar dari mak Yana la. ;)

Yana kawan blogger akak yang ke-4 akak dapat jumpa selepas Kak Suara, Kak Nahwan & Tawel (terserempak je). Nanti leh la buat perjumpaan bloggers. ;)

Eh panjang pulak cerita. Nanti2 jumpa lagi. Take care!

*hugs*

Anonymous said...

salam

hahaaa... tulis juga mngenai koc merah jambu ya?
heheee.. anyway, mmg org lelaki x kisah nk brhimpit sebab bukn mereka yg akn kena yg bukan-bukan.. (erks...haha)

oh, trimas jebakkn saya heee ^^ jumpa ramai dn tahu banyak.. aldamdulillah...

tq Allah 4 the great plan, n thanks to u dearest cik pelangi, sbb jadi sebabnya... :)

sayang kamu

hansuke said...

salam.

1stly lamanya tak comment di ruangan si demoiselle ni..:)

2ndly selamat hari raya. hey, open house tak jemput pon blogger ni sorg..isk!!

sekarang ramai yang dah tak kisah pasal koc merah jambu tu, malah ada yang marah sebab di koc biasa ramai juga wanita, bila koc pompuan laki tak boleh masuk plak, itu kata mereka la, kalu saya naik tren saya akan cari yang tak ada org, serabut je, kalu ramai sikit saya akan berdiri kat tepi pintu sebab nanti senang nak keluar.

tapi satu benda yang jadi budaya di negara kita ialah, mereka yang naik tren kebanyakkan memang tak kisah org len, walaupon wanita mengadung sekali pon mereka sanggup buat tido janji mereka ada tempat nak duduk. itu belom masuk lagi yang tak kisah dengan sentuhan, tau-tau aja la kan awak pon pengguna tren.

haha. dah lama tak comment, sekali comment panjang plak..sori..:)

neway selamat hari raya. balik malaysia for good ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...