13 Jul 2010

mutiara


 pantai santolo

"jadilah seperti mutiara..walaupun dia diletakkan di dalam lumpur sekalipun dia tetap mulia"



lagu astaghfirullah dendangan hadat alwi diulang-ulang berkali-kali. sayu rasanya.

teringat liqa terakhir kami. bagaimana kita mengakui kita cinta Allah tetapi untuk mengingatiNya perlu diingatkan sentiasa. solat 5 waktu juga kadang-kadang terlupa rakaat keberapa.

jika kita benar-benar mencintai seseorang itu, tidak perlu diingatkan, dia sentiasa ada dihati. kenapa semakin lama terasa seperti semakin melarut. berada di lingkungan yang tidak tahu, bukan salah mereka. salah aku yang kurang tegas menjaga.

usai perjumpaan bersama tokoh-tokoh masyarakat kampung. rakan-rakan yang lain mahu singgah makan di gerai bakso. aku minta izin untuk solat di surau berdekatan. seseorang menawarkan diri menemankan aku. aku ajak teman-teman yang lain, teman yang lain pula mahu makan. aku berpuasa hari itu. ada pengajian dengan ibu-ibu kampung yang aku harus ikuti selepas itu, bimbang solat dilewatkan pula.

di surau

"eh, mana tempat berwuduk untuk cewek?" tak selesa.

"kamu ambil wuduk dulu. aku  ga lihat."

dan terus berlalu dari situ. hanya ada satu tempat berwuduk. terbuka pula. dia terus ke sudut surau bersembang dengan seorang pakcik disitu.

selepas solat fardhu berjemaah. aku minta dia tinggalkan aku sendirian kerana aku masih mahu berada di surau. ma'tsurat. solat. tapi bila aku selesai semuanya, dia masih disitu

"aku ga betah tinggalkan kamu sendirian"

*****

ya Allah, bagaimana untuk terus menjaga diriku. segalanya semakin samar. betul dan salah. hitam dan putih segalanya berbaur.

mungkin Allah mahu aku lebih berusaha sendiri. jika dulu aku berada dalam lingkungan selesa. panas terasa di sudut mata menahan tangis. macam mana tarbiyah mengajarkan kita supaya menjaga batasan. menjaga pergaulan. menjaga semuanya. ke mana harus aku lari?

sehabis boleh tidak bersalaman, tidak terlalu rapat, tidak bergurau berlebihan. aurat sehabis boleh perlu dijaga, sepanjang masa tidak boleh tidak dilepas semuanya. tapi masih belum cukup menjagaku.

seperti yang aku duga. aku tiada masalah dengan kehidupan desa yang jauh berbeza dari tanah air sendiri.

akhirnya air mata tumpah jua. berYM dengan murabbi betul-betul buat aku homesick. sangat-sangat merindui mereka. rindu liqa bertemu lutut.

terasa sangat-sangat jauh. aku hanya ada Allah untuk melindungiku. aku hanya ada Dia untuk menjagaku, menyayangiku. mungkin aku belum cukup berusaha. aku mahu lulus cemerlang dalam ujian Pendidik yang paling Agung yang ternyata tidak mudah.

ya, aku hanya ada Dia

hanya Dia

1 comment:

anis shafikah said...

yana,ini post lama ya?
touching =.=

jzkk yana untuk perkongsiannya.dan nak pinjam gambar kamu ini ya.cantik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...