28 Jun 2010

mungkin


atas jambatan cincin jatinangor

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah..

sekejap. hendak berfikir. 

baru-baru ini liqa dibuat di hotel. kata murabbi, sebelum kamu berpergian, kita habiskan masa bersama di tempat yang lebih tenang. dalam kepala memang serabut dengan barang-barang belum dikemas untuk berpindah. bilik berantakan, lab yang masih belum siap. tahap kewangan yang Allah saja yang tahu, etc. sengaja lupakan semua itu buat sementara.

walaupun beberapa hari kami bersama, sayu mahu tinggalkan semua. sebulan. bukan masa yang sebentar. ya Allah..sedihnya. beberapa kali kak D ingatkan, bacalah kisah jaafar bin abdullah

sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), nescaya allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya. [4:40]

Allah tidak akan berlaku zalim walaupun sebesar zarah. tidak sekalipun. setiap keadaan itu adalah tarbiyah. satu ujian adalah sesuai dengan kelayakan. mahu angkat diri ke satu tahap.

tiba-tiba ada satu gegaran, kami memandang antara satu sama lain. kemudian gegaran kedua, lebih lama dari yang pertama. langsir bilik bergerak. ku pandang siling. kami tidak berganjak dari tempat. aku tak pasti apakah ekspresi yang aku pamerkan. tapi yang pasti kak D hanya tersenyum.

dalam kepala ketika itu, jika inilah pengakhiran persinggahan di bumi, alhamdulillah.

apabila keadaan tenang seperti biasa, kak D buka bicara "seorang yang beriman, akan rasa gembira apabila dia tahu bila kematian itu akan tiba"

malam itu kami buka channel berita, ada gempa bumi di indramayu.

sebenarnya ini pertama kali merasakan gegaran.

******

kadang-kadang tu terfikir juga, mungkin kerana terlalu memikirkan sesuatu perkara yang tak penting sangat. Allah beri satu yang penting untuk difikirkan.

apakah yang kita perjuangkan atas muka bumi ini? 

apakah yang kita bawa sepanjang perjalanan kita?

apakah yang kita banggakan sepanjang kita di dunia ini?

imej dan contoh yang kita bawa, sudah sempurnakah sebagai seorang yang bersaksikan atas kebenaran?

mungkin kadang-kadang, bicara kita itu berapi, tapi kecantikan yang dibawa terfitnah kerana dibawa nafsu. terlupa ramai yang memerhati dan mencontohi.

semalam baru saja diuji dengan kata-kata sendiri. tentang jangan memotong barisan. wajah itu dipandang. ungkapan maaf dilontar. tergamam orang itu. tak sangka mungkin. cepat-cepat hilangkan diri selepas itu. sebab dah malu.

berlapang dada.

cakap senang berlapang dada, tapi baru-baru ini baru belajar maksud berlapang dada yang paling rendah tahap ukhwahnya tapi bukan mudah untuk diaplikasi.

sunnatullah, setiap manusia punya pendirian dan pandangan tersendiri. tiada yang akan sama. kerana setiap manusia mahu berlumba membawa kebaikan. [2:148]

bila kita fikir yang satu kritikan dan teguran yang kita terima adalah daripada Allah, berhenti sekejap. rasa gembira. sebab Allah tak mahu kita terbawa jauh. mahu kita pandang langit yang kita junjung, sedar di mana tanah yang dipijak.

atau apakah penerimaan kita, mahu buktikan yang kita orang yang paling benar, layakkah kita menjadi hakim benar dan salah? mungkin kita nampak hitam dan putih tapi terlupa dunia sekarang sudah wujud kelabunya.

padi pandai tunduk jika dirinya makin berisi. manusia apatah lagi.

tanda sayang Allah pada kita. mahu kita cepat-cepat berfikir. berendah diri. hikmah berdiam diri itu memang terbaik. lega sikit sebab Allah care.

buka alquran, ayat tepat kena hidung! 

makanya post ini seperti tiada point.

kecelaruan jiwa. penuh marah dan berang. bergilir bimbang dan pilu. mengapa? adakah kerana hati di belenggu noda? bibir berukir keji dan nista. mata berhias hodoh dan cela. telinga di sapa riuh dan hingar. marah bukan sebarang marah. berbayang rasa keji. berang bukan sebarang berang. berteman amuk di pendam. sindir perli bukan asing. nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. di mana silapnya?














akhlak: refleksi iman.

muhasabah

"Orang2 yang beriman & hati mereka tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." [arRa'd:28]


terima kasih Allah kerana letakkan aku disini. tak menyesal langsung. serius.


tarbiyah ajarkan aku

mengatasi kelemahan diri
belajar untuk gembira menerima satu ujian
belajar menyayangi
belajar atasi besar diri
belajar erti syukur
belajar erti susah
belajar berkongsi
belajar untuk memberi
belajar belajar dan terus belajar

harap ia tidak berhenti setakat ini..

p/s: strap on your shield puds! 
p/s2: walau apa pun, saya sayang emak dan ayah.
p/s3: sangat sayangkan adik-adik di sini.
p/s4: semoga gadis macho yang sopan dan lemah lembut cepat-cepat jumpa matahari :) 

12 comments:

hansuke said...

salam.

wah. warna blog tukar lagi, siap ada blog baru plak tu, tumblr.com..:)

secara tak langsung kita-kita ni sebenarnya berlawan dengan diri sendiri untuk menjadi lebih baik, dan juga sentiasa membaiki apa yang patut.

hm..dah lupa nk tulis apa, macam tergantung la plak ayat diatas tu hehe~ nevermind.

Liyana said...

wsalam wbt.

saja bagi misteri sikit.
tumblr tu main2 je. segan ah pulak macam childish kat situ.

dengan diri sendiri. baguslah jika semua orang fikir tentang pertarungan dengan diri sendiri. berbanding fikir mahu betulkan orang lain melebihi mahu betulkan diri sendiri. jadi ego pula.

alamak, saya kena kurangkan cakap banyak ni.

ain said...

hati rasa terisi sedikit.
terima kasih, yana.

tiba2 hati tersentak dan jadi malu pada Allah kerana lupa janjiNya yang pasti.

terima kasih. aku seperti makin jauh dari dakwah. di stagnant phase begini sangat merantai kaki dari bergerak. semoga masih ada kekuatan untuk melangkah.

doa yang terbaik untuk kita semua. :)

Nooreena said...

Salam Yana.

Ada orang sukar mahu terima bahawa ujian yang Allah turunkan bukan saje2, tapi ada sebabnya. Keluhan laju saja di bibir. Ada yang lebih teruk, siap mempersoalkan kenapa Allah uji dia sebegitu, dan kata Allah tak sayang dia. Hm.. Sedangkan kita patut bersyukur atas segala ujian2 yang diberi. -.-

Peringatan buat diri yang sering alpa. Terima kasih Yana. :)

Lawa la kaler blog ni. Suka!

Liyana said...

ain: lama tak dengar khabar.. inilah yang aku risaukan sangat2 bila nak KKN ni. macam mana dengan aku, orang sekeliling, macam-macam lagi. sama ada aku jadi pelarut atau aku yang melarut. tapi kak D pesan, tarbiyah dzatiyah tu penting sangat. jaga mutabaah amal. ambil pengajaran dengan kisah jaafar itu. masa ini Allah nak uji kita kuat ke tak kan..

banyak kali dia pesan, kita kena bersyukur sangat2. sebab dalam banyak2 orang. Allah bagi kita sedar. ruhie seorang daie dia ambil semua yang atas muka bumi ini sebagai simbol untuk muhasabah ingat Allah.

doa yang terbaik untuk kau, aku dan sahabat-sahabat lain insyaALLAH

kuat ain!

Liyana said...

kak erin:

wsalam kak erin! :)

uhuk! kena beringat betul-betul kan, sebenarnya ujian itulah nak jadikan kita lebih-lebih kuat lagi.

lagi-lagi bila selesa, cepat lupa

saya kena berhenti merungut.

sama-samalah kita kak erin.

saja mahu misteri :)

terima kasih kerana singgah sini

everlasting love to HIM said...

kak misteri!!!

akak all da best no matter wat u do okay!..dont miss my gg..hikikikiii^_-

kak jum jln mse cuti!..

Liyana said...

ya ampunnn ijannn!!!

terlupa nak cari gigi untuk ijan. huhu..balik KKN insyaALLAH..

jallan2? haha insyaALLAH..

thank you ijan..jgn lupe akak cop ijan jd patient akak. eheh :p

everlasting love to HIM said...

hahaha..akak2,xpyh sush2,,kalo x pon sy turun bndg..ley jenguk2 duha n da geng..eheee..n ape2 laa keje ley wat kt sane?

jd pasien ape? ortho dop le tertolong..maseh penoh rahang ni haa..haha

Amar san said...

salam

saya minta maaf kalau ada terguris hati komen minggu lepas.

wslm

Liyana said...

ijan: control je. ortho tu nnti akak cr pasien lain.. ;)

Liyana said...

amar san: wsalam no worries. takde pape pun.. tapi terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...