1 Nov 2014

.



Dia akan mati
Angin tidak bertiup lagi
Bila rasa hati
Mati sendiri
Jendela pesawat terpancar cahaya mentari yang mulai pergi
Silaunya hampir saja membutakan pancaindera
Berderai air jernih membiaskan warna
Esakan kecil berjeda degupan tidak senada
Adakah seorang egois
Yang disumpah mati sendiri
Kerana menyimpan mekar
Yang sentiasa ada
Cuma seorang egois
Fakir kasih
Bakhil rasa
Benarkah hati itu sedang mati
Yang tinggal hanya ketandusan
Kerana angin tidak bertiup lagi
Juga hujan tidak turun lagi
Mungkin benar ia sedang mati
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...