6 Sep 2014

selamat tinggal

aaacho!

nasib baik petang tak ada patient. aacho! "virus, jarak kena tiga kaki ni doktor." kata abang mos. "takpe docktor, besok ambil cuti ya." kata Step berseloroh. sebab memang besok sabtu cuti pun. cis. tangan dah gatal tumbuh eczyma. mata dah mula berat.

minta collegue tolong sign prescription. allergy la ni.

balik kerja, muka dah start gatal. bersin bersin bersin

telan loratadine.

letak kepala atas bantal. teringat. semakin bersin. maknanya dia ada dekat.

sunyi pula. sapu air mata sikit. sambil peluk alquran.

tertidur atas karpet di ruang tamu. biasanya S akan kejut suruh tidur dalam bilik. weekend ini S tak ada, terbang ke semenanjung. sentimental betul. cepat tersentuh orang selimutkan atau kejutkan tidur. terjaga jam 1 pagi tidur dalam bilik. macam sunyi pula.

keluar dari bilik bawa comforter tidur atas lantai ruang tamu balik.

haih..

cek telefon.

macam sedih je kena marah.

"jangan sedih dengan apa yang kita hilang.

and tak boleh proud dengan apa yang kita ada

sebab at the first place semua benda is never ours kan. refer al hadid 23"

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepadamu. dan Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri"

paksa diri tidur balik. tidur balik..

sebab jangan gembira sangat dengan apa yang kita ada. jangan sedih sangat dengan apa yang kita hilang. semua ini bukan milik kita. kita pinjam je. termasuklah kegembiraan dan kebahagiaan. semua itu kita pinjam je. nangis sikit-sikit je tak pe.

:'(

let go and move on!

kemas semua dan hantar laundry semua benda yang terkait. besok.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...