6 Apr 2014

syabab

jika kita berjiwa besar. berpandangan lebih jauh dari garis masa dunia. pasti segala hal dunia kelihatan kerdil.

muqaddimah fi zilal quran syed qutb

aku telah hidup dibawah bayangan al quran dan di sana aku melihat jahiliyyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku mrlihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah yang maha tinggi dan maha besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?

hari jumaat lalu, pagi ada patient kena pasang archbar kerana tulang rahangnya patah akibat dipukul orang tak dikenali. kasihan pakcik itu.

tengahari beri ceramah kepada staff tentang etika kerja.

lalu terus ke hospital lagi untuk cek gigi pesakit di ward isolation sebab pesakit tibi sakit gigi. berlapis facemask dan glove. boss suruh pakai n95. tapi taktahu ada ke tak kat spital ni. okay saja.

malam terus bertolak keluar yang ambil masa 4 jam perjalanan. tengah malam. baru sampai destinasi.

sampai di sana. murabbi tanya "awak ni takda kerja ke harini?"

*pengsan*

****
saya takda kerja. katanya.

"saya rasa hambar"

"kenapa hambar"

"kurang hamasah mungkin"

hamasah tu akan hadir dengan keimanan dan keyakinan.

tapi satu hari ketika berliqa' dengan adik-adik. hamasah itu hadir bila melihat mereka. "semangat harini lain macam kan" "dalam diri-diri masing-masing ada semangat untuk bergerak, tapi belum tahu caranya." "jika matlamat kita adalah ilmu yang kita belajar di uni sekarang. memang sia-sialah hidup kita" "patut kita kena lagi hebat dari orang diluar sana sebab kita ada Allah" "kena gunakan logam yang kita ada untuk kembali tegakkan islam!"

semua ni dari mereka. ilham itu takkan datang tanpa izinNya. padahal belum beri bahan berfikrah lagi. cepat matang.
orang kata jika kita rasa dah lemau, bergaul dengan orang muda yang tengah semangat. pasti aura akan terpalit pada kita.

semangat ah sikit. ada cahaya dihujung terowong. terbanglah lebih tinggi dari gunung. kau akan dapat lihat kecilnya dunia dibawah sana.

memaang tak patut kalau nak lemau time kritikal camni. umat dah macam apa saja. baca paper. pastu sedih-sedih tentang diri sendiri. memang tak patut.

seorang anak bunuh ibunya di miri semalam. sebab tak belikan smartphone. sedih sangat. apa yang ada dalam fikiran manusia sekarang agaknya.

ayyuhassyabab!!!!
gambar hiasan. takde cuti.

1 comment:

arissa myana said...

moga Allah mudahkan urusan di limbang :)

miss u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...