17 Feb 2014

al adiyat

baru balik usrah. hari ini habis awal sebab takut parents risau balik lewat sangat. consider adik baru dan belia bekerja. tinggal dengan family.

tak sangka boleh sampai rumah 15 minit je. biasanya 30 minit. good job unais.

nama kereta ni unais. sebab rasa macam comel. nama manja anas bin malik rasulullah beri. mula-mula nak bagi nama mus'ab sebab dah lama admire mus'ab sahabat rasulullah. tapi muna cop nama itu.

tapi sekarang bila tengok kondisi kereta ini rasa tak sesuai nama unais. lebih sesuai dengan nama

adiyat.

al adiyat

kuda perang yang berlari kencang

hui

kuda perang yang mencetuskan api dengan pukulan kakinya

kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi.

ia menerbangkan debu

dan menyerbu ditengah-tengah kumpulan musuh.

hebat je kuda ni bila baca terjemahannya. teringat dapat tafsir usrah via fon masa kena duduk pedalaman pamempeuk dulu.  ku duduk berhadapan pantai santolo. murabbi call share surah dengan telefon.

allahu..

kereta ni pun penuh dengan debu

tapi sebab dah lama tak basuh.

al adiyat. semoga bergerak dan bekerja untuk islam!















*nama kenderaan tunggangan rasulullah?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...