16 Nov 2012

Jogja

Sekarang saya berada di bumi jogjakarta. Kota kegemaran kedua selepas bandung :)

Menaiki train selama 8 jam. Perjalanan semalam terasa sangat panjang. Saya rasa mahu tidur saja. Mana tidaknya, satu hari berada diluar. Beraktivitas bersama sahabat serumah dan petangnya, dengan sahabat seusrah.

Tempat duduk disebelah masih kosong. Tetiba seorang lelaki duduk. Beberapa minit kemudian beliau bangun, tersalah tempat. Berdoa, tidak duduk disebelah lelaki.

Datang seorang lelaki lain dalam lingkungan akhir 20an atau 30? "Tempat duduk nombor 12?" Tanya nya. Saya jawab ya. Lalu dia duduk disebelah. Dia memasang earphone lalu membaca bait-bait ma'tsurat dan menghafal surah-surah lazim lainnya.

"Mbak." Rupanya saya tertidur. Ada konduktor cek tiket. Gelabah sebentar mencari tiket. Konduktor itu bertanya, stesen jogja? Saya angguk dan senyum saja. Lalu, Saya baca buku, tengok luar tingkap yang hitam pekat malam. Lelaki disebelah menguis-nguis skrin tabletnya. Tetiba tertidur lagi. Jam 12 tengah malam. Terasa lama sangat. "Mbak, sudah sampai di stesen jogja." dengan accent jawa. waktu itu jam 330 pagi.

Dia terus berlalu. Turut sama turun distesen yang sama. Sepatah perkataan pun saya tak ucapkan kepadanya. Walau dua patah terima kasih kerana kejutkan, jika tidak, mungkin sekarang saya berada di surabaya. Hihi. Terima kasih Allah sebab jaga saya. Risiko travel sendirian.

Mencari surau berdekatan. Sudah masuk waktu subuh. F jemput saya dengan motornya. Senang melihat kota jogja lengang waktu malam. Udara yang menampar-nampar wajah sebab naik motor terasa dingin. Jalan yang kosong dengan bangunan tersusun. Rindunya pada kota ini. Terasa macam pulang kampung halaman.

Liburan panjang dihujung minggu ini, semoga mendapat 'sesuatu' darinya.

Saya terfikir, sudah tiba waktunya keluar dari rutinitas buat sementara waktu. Kota bandung sekarang penuh dengan orang malaysia membeli belah -_-"

Terlalu lama di tempat duduk yang sama buat kita rasa kering dan lemau.

Berdoa yang terbaik. Salam maal hijrah!

P/s: apa cerita Gaza?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...