20 Jul 2012

bangun....bangun..!

jalan ini ibarat jalan yang berkabus di hujungnya. kita takkan tahu apa yg ada di hujung sampai kita tiba di destinasikredit
yang tinggal hanya percaya

***
fitrah manusia sukakan keselesaan. pastilah, siapa yang suka bersusah payah, berpenat-penat? anda suka? anda memang haibat.

jika saya sendiri, saya lebih memilih untuk berada di meja tulis membuat case report yang bertumpuk-tumpuk. paling-paling perah otak. sambil minum se mug coffee panas sambil selimut seluruh badan dengan nuansa dingin pada waktu pagi. nyamannnn

atau waktu malamnya, tidur atas katil empuk diselimuti comforter yang empuk juga di timbuni bantal yang empuk juga yang banyak. sambil didendangkan instrumental music sebagai lullaby. tidak terlupakan cahaya lampu tidur yang malap.

saya bukanlah seorang yang sukakan kelasakan. keganasan. mahupun keekstriman. ianya di bawah tahap kemampuan. *alasan* oh, kecualilah cabaran memakan makanan yang tidak pernah dimakan seumur hidup kecuali disini seperti nasi kucing, nasi gila nasi apa lagi you name it.

makanya, untuk bangun dari duduk yang selesa sememangnya memerlukan kuderat yang menggunung. ia ibarat ada satu bola besi yang sepuluh biji, di ikat di kaki dan tangan dan leher dan setiap jari. berat.

dan sejak berada dalam tarbiyah semua itu harus di tepis. *seperti testimoni pula* =P

bermula dengan keterpaksaan.

ya, terpaksa. anda katakan lah saya tidak ikhlas dan sebagainya. hm, sepertinya begitulah. dan feedback pertama saya adalah:

saya tak suka mukhayyam. saya tak suka sejuk. tak ada selimut. saya tak suka nyamuk. saya tak suka tidur dalam saung. saya tak suka mendaki. saya tak suka penat. saya tak suka *isi tempat kosong*


sekian.

eiii...sejuk tahu..? kredit

tapi apakan daya, pergi juga kerana sudah berjanji. bukankah saya sudah berjanji untuk berubah ke arah yang lebih baik. untuk berada di jalan tarbiyah. saya bukan berjanji pada mereka. saya berjanji pada Allah untuk konsisten. selepas IniSejarahKita saya berjanji walau apa pun saya mahu islam tertegak semula. bagaimana? dengan tarbiyah. ianya tidak akan diadakan jika bukan keperluan. pasti ada sesuatu yang kurang yang menyebabkan mukhayyam itu diadakan. dan yang paling..hmmpphh ialah saya tidak tahu apa itu mukhayyam pada awalnya.

****

jika tarbiyah itu hanyalah sekadar usrah, pasti Rasulullah dan sahabat-sahabat dahulu hanya duduk di bawah pokok sambil mendengar rasulullah membaca ayat-ayat al-quran.

ia tidak teraplikasi pada amalnya.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. 
[9:41]

usrah bukan segalanya, namun segalanya bermula dengan usrah.
keberjayaan satu didikan itu bila kita benar-benar mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.

dan jika bagi saya sendiri, ia bermula dengan keterpaksaan.
siapa yang boleh memaksa diri kita sendiri jika bukan diri kita sendiri
wahai diri sendiri, saya cabar anda.

eh, tahukah anda, ada kajian tentang 8 tips untuk berjaya, di antara tipsnya adalah push diri sendiri. hasil kajian dan temuramah tokoh-tokoh terberjaya dunia. jika tidak paksa diri. duduk lah anda di ceruk anda berada dan tidak bergerak kemana-mana.

err tiba-tiba pula.

dan Allah tahu, satu pengorbanan itu sememangnya berat. dan Dia menawarkan syurga buat mereka yang benar-benar ikhlas berjual beli denganNya

mukhayyam itu bukan sekadar mukhayyam.
jika ahli perang paling epic di dunia islam iaitu perang badar juga merasa terpaksa untuk keluar berperang, dan mereka merasakan seperti Allah mencampakkan mereka kepada kematian,

mereka membantahmu (muhammad) tentang kebenaran setelah nyata (bahawa mereka pasti menang), seakan-akan mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab kematian itu). 
[8:6]

sebenarnya, mereka bukan berperang dengan musuh,
tetapi dengan diri sendiri

untuk lebih yakin dengan ketentuan Allah

mukhayyam bukan sekadar mukhayyam apabila
kita harus berperang dengan diri kita sendiri.
untuk bangun

ingat, yang tidak sama orang beriman yang duduk dengan yang berjihad

Tidaklah sama antara mu`min yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai `uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,  (yaitu) beberapa derajat dari pada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
[4:95-96]

jika benar jundullah, bangunlah!

selamat bermukhayyam yang keempat kepada semua yang ikutserta,
kali ini lebih mencabar sebab di bulan ramadhan!

ramadhan kareem..!!

dadaaaa~ kredit


cc:munayana

2 comments:

arissa myana said...

ya, sejak belakangan ini jadi tak gemarkn aktiviti lasak.
tak suka busuk. tak suka peluh. manja.

hehh tpi itu kn tarbiah?
mngajar kita utk jauh dari nafsu dan rasa best utk selesa sendiri.

ada daurah jg. mencabar pd bulan ramadan. mngkin mukhaiyam lbih mncabar.

hey, slamat mnyambut ramadahn kareem. moga Allah bntu kt utk smpurna kn ibadah pd Dia dlm bulan yg super best ini :)

Allah huAlam ;)

Liyana said...

muna, baru balik dari mukhayyam...waaahhh memang mencabar fizikal dan minda.

even masak untuk berbuka pon masak sendiri atas dapor kayu berasap2..memang 1st time in life lah makan sesimple2nya berbuka ramadhan pertama. tapi memang tarbiyah..

cuma terpulang pada kita juga
kunci membuka hati itu kita, buka program itu juga. mereka hanya membantu

dan yang nak buka kunci hati itu, kita kan..

selamat mentarbiyah diri..!
banyak2 berkomunikasi dengan Dia ya..insyaALLAH anda tenang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...