30 Mar 2012

Allah tahu

Allah tahu apa yang didalam hati


sekarang jam menunjukkan jam 1137 malam sama dengan 1237 tengah malam malaysia. aku seharusnya sedang membaca jurnal oral surgery buat diskusi besok. rasa kosong. sudah lama tidak menulis. ada beberapa alasan yang boleh kuberi, sama ada aku sedang futur, malas, tiada idea atau memang betul-betul tiada masa.

sebenarnya banyak yang boleh diperhatikan dan dihadam satu persatu pengalaman berada di hospital besar kerajaan di sini. bila melihat orang-orang yang pecah muka rahang retak ketika accident, atau orang-orang yang abcess menahan sakit sehingga menjerit-jerit bila ingin dikeluarkan nanah dari abcessnya orang yang dibedah dan sebagainya, pada mulanya kita akan rasa sangat-sangat 'seriau' kut perkataan yang sesuai

setiap hari melalui pintu masuk hospital melihat orang-orang yang sakit tidur di tepi dan pinggir jalan kerana tiada wang untuk biaya ward. perawatan seminimum yang ada.

kita akan melalui peristiwa seorang pesakit yang kecelakaan kerana menaiki motor 4 orang yang lain meninggal tinggal dia seorang yang tinggal nyawa-nyawa ikan, tapi ayahnya tak mampu untuk membiayai perawatannya. ayahnya menangis. merayu. kerana ayahnya tahu Tuhan beri peluang buat anaknya hidup tapi beliau tidak mampu tiada wang. faham bagaimana perasaan itu?

tapi kita tiada apa yang mampu untuk dilakukan.

semua ini kita akan lalui dengan rasa hati yang sangat perih kerana kita tak mampu membantu seperti yang kita mahukan, iaitu sebaik mungkin hingga mereka mendapat segala yang sepatutnya.

tapi kita tak mampu..

pedih sangat.

lama kelamaan rasa itu hilang. ianya seperti biasa. memang itulah kehidupan. hinggakan kita sudah tiada rasa. ya, kerana memang itulah kehidupan.

dan mungkin juga ini norma naluri manusia. apabila setiap satu perkara yang dihadapi setiap hari itu sudah biasa ia akan jadi normal biarpun hakikatnya tidak.

begitu juga jahiliah dalam diri yang terwujud sedikit demi sedikit menambah noda di jiwa

Akan terungkailah ikatan Islam satu-persatu dari seorang yang lahir atau membesar di dalam Islam tetapi tidak kenal jahiliyah 
Saidina Umar

lindungi aku ya ALlah

kredit

4 comments:

Normyislam said...

Kasihan..

Setiap manusia diuji dengan cobaan yang berbeza2..

Dan hakikatnya semua sedang bergerak menuju kepada Allah yang maha mengetahui segala hikmah yang tersembunyi dalam setiap kejadian..

arissa myana said...

i've been wanting to read this for days, and alhamdulillah, Allah granted it.

huuuuuuuuumm
mmg kehidupan ni, mcm tu kan?
apa yg ad di depan mata, bukan utk tontonan shj, tpi utk pengajaran, spy kita lebih bersyukur dn dekat dengan Dia. senang diucap, tpi hakikatnya, Dia maha tahu siapa kita di sisi Dia...astaghfirullah..


smoga Allah kuatkan kamu.
mish u, love

Liyana said...

normyislami: setiap yang terjadi itu pasti ada pengajarannya. cuma hati kita adakah terkunci atau pun terbuka luas untuk melihat

Liyana said...

kehidupan memang macam itu kan, kita dah rasa kita paling susah, rupanya ada orang susah lagi..

cumanya, yang last part itu, jangan biarkan diri terasa semua perkara itu normal walau sebenarnya tak normal especially jahiliah yang besar atau kecil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...