14 Dec 2011

kadang-kadang harus pandang belakang


tak tahu kenapa video ini mampu menitiskan air mata. sangat-sangat dekat. semenjak dua menjak ini selalu rasa kering. saya pun tak tahu kenapa dan saya mula merasakan penyakit ini sudah parah apabila supervisor thesis saya berkata atas sesuatu yang rasanya tak mungkin beliau akan katakan, mungkin ini teguran telus dari Allah.

saya luahkan kerisauan saya dengan examiner saya untuk sidang nanti. semua orang kenal doctor tersebut dengan sifatnya yang sangat strict, garang dan sebagainya.

lalu supervisor saya berkata begini sambil tersenyum sinis "kamu pasti kurang berdoa dan bertahajjud kan?"

terkoyak.

baru saya sedar sesuatu, di mana amalan yang kita lakukan sehari-hari lama kelamaan menjadi rutinitas dan bukan lagi satu penghidupan buat hati kita. bukan satu perubahan kepada diri kita. bukan lagi sesuatu yang membasahkan hati kita. akhlak kita pastilah terpamer dari hati bukan.

kemanisan itu telah berkurang...atau telah tawar. ada masa terasa seperti kita bukan berjalan kedepan. tetapi kebelakang.

saya terbaca tulisan seorang kakak, katanya, jika kita mula berasa hambar dan tidak lagi bersemangat, atau mungkin hampir berputus asa. ingatlah kembali saat-saat kita pada awal-awal dahulu disentuh tarbiyah.

bagaimana semangatnya kita pada awal dahulu.

bagaimana susahnya kita untuk berada dalam satu bulatan untuk membina diri. bagaimana semangatnya kita untuk pergi berdaurah walaupun bermusafir sendirian. bayangkan kembali kita yang dulu dan sekarang. ingat kembali, adanya kita di atas jalan ini adalah dari pengorbanan orang-orang yang cuba memegang erat tangan kita untuk terus berlari

bagaimana ahli bulatan kita yang setiap ahlinya berbeza. sifat, sikap dan pendapat. tapi kita masih bersama.

bagaimana kita cuba memahamkan orang sekeliling bahawa apa yang kita lakukan adalah bukan kerja 'gila'. dan bukan satu pekerjaan yang menyusahkan tapi membahagiakan. 

teganya kita untuk mengatakan kita sedang down sedangkan, betapa bersusah payahnya mereka yang telah banyak berkorban menyusun batu bata, rupanya salah satu batunya ada yang rapuh tidak padat dan tidak kuat mempengaruhi kestabilan.

kitalah orang itu!

teganya kita merungut dan berputus asa sedangkan dahulu kita ikrarkan mahu bersama-sama memegang panji untuk menegakkan kembali islam.

teganya kita meruntuhkan semangat orang lain kerana perasaan kita yang tidak layak menjadi satu masalah pun. terlalu melayan perasaan.

aduhai, teganya kita..

kata murabbi;

"hanya Allah yang tahu saat jatuhnya kita. mengadulah pada Allah kerana takut manusia juga tak mampu mendengarkan keluhan kita yang sepele (remeh)"

"Sedangkan kita telah melelahkan orang-orang yang membina kita dan sudah membebani mereka"
-hambatan-hambatan dakwah, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid-


wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung. 
[3:200]

bersabar dan kuatkan kesabaran.. kerana apalah ertinya kehidupan ini tanpa susah payah

kredit

*senyum*

5 comments:

Anonymous said...

T_T

benar....sampai satu titik,hanya kepada Allah mampu kita luahkan.sbb kita yakin hnya Dia yg mahu mndengar...

Liyana said...

maha mengetahui juga..

kan?

arissa myana said...

suka.

Liyana said...

uits

Anonymous said...

hello there damselineustress.blogspot.com owner found your blog via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective backlinks service Take care. Jason

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...