“Most people are dead long before they die.” (Rene Suhardono) kredit |
semalam aku ke curug naga lagi. dua tahun lepas bermukhayyam di sana. kali ini rehlah bagi memenuhi wasilah tarbiyah kita. curug naga itu ialah air terjun yang sangat besar. sangat cantik dan sangat dalam. yang paling penting. sangat sejuk. dua tahun lepas sudah kutulis tentang ini betapa tidak sukanya terhadap kesejukan. tapi kali ini perasaannya sangat berbeza. betul-betul mahu lepaskan semua masalah dan stress. masa terjun air yang 4 meter itu, rasa macam betul-betul tinggalkan semua masalah di tebing tinggi sebelum melompat kedalam air.
sepulang dari sana, aku periksa emel-emel dan facebook. melihat update terkini.
aku jadi sedih tak terkata. bagaimanalah tidak luluh jantung hati apabila melihat gambar-gambar terpampang di sana. dan didalamnya adalah orang yang kita sayangi, *diam* berhijrah
kasih dan sayang itu kalau diikutkan boleh didefinisikan dengan pelbagai bahasa dan perkataan. bagiku, jika kau kasih atau sayang. bukan sekadar di dunia. tapi juga di akhirat. kasih itu akan dibawa hingga ke syurga. akan ku pegang erat tanganmu supaya kita bersama dapat meraih syurga sana
adikku, bagaimana untuk kuluahkan ini, betapa kecewanya aku. melihatkan dirimu sekarang.
salah aku kah yang melepas tangan. tidak bersungguh-sungguh memegang tanganmu dengan erat dan kukuh
aku jadi sayu.
aku pernah berada di tempat itu. di mana semua orang menari-nari disekeliling. zahirnya nampak seperti gembira.
pakaian ditempah khas untuk ke majlis itu, solekan dan dandanan dipastikan teranggun kerana mahu kelihatan paling cantik pada malam itu.
tapi sebenarnya, cantikmu itu di mata siapa. kau mahu siapa yang melihatnya? puas bukan bila orang sekeliling memandang dan memuji kecantikanmu pada malam itu. tapi sebenarnya cantikmu hanya senipis kulit yang menyeliputi.
apabila bersendirian baru kau sedar jauh di sudut hatimu kering. kerana itu, kau terus-terusan mencari kegembiraan yang tidak kekal.
aku nampak dirimu seperti aku.
yang dulu.
***
bukan mudah bukan untuk melihat semua ini tapi kau seperti tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya diam membisu. yang kau boleh lakukan hanya melihat.
takut kau akan dijauhi..
oleh orang yang dikasihi
inikah namanya kasih dan sayang yang dulu kau ungkapkan pada mereka semua?
sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk [28:56]
kembali lah adikku. jadi lah orang yang mahu menerima petunjuk itu.
aku sendiri jadi takut dan melihat diri sendiri. jangan sangka kau seperti malaikat. nikmat hidayah ALlah itu genggamlah kemas. mungkin saja jika kau lalai, kau akan jatuh tersungkur, jika kau gagah, mungkin kau bisa bangun lagi. bagaimana jika nyawamu sampai di sini kau belum sempat untuk bangun semula.
tidak boleh tidak dari menyalahkan diri sendiri.
salam maal hijrah.
puds
kanayakan
2 comments:
Assalamualaikum
Jangan berduka,Insyaallah akan dipermudahkan.....Ameen
“Siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang baik, maka Dia akan menjadikannya faqih (memahami) agama ini.” (HR. Bukhari
waalaikumussalam..
ameen insyaALLAH.. hadith yang sering menjadi motivasi. terima kasih.
Post a Comment