semalam adalah hari yang penuh. selesai subuh, membaiki penulisan thesis. pagi ke pasar beli barang memasak sebab bertugas memasak hari itu. pakcik pasar simpang itu promosi beli fillet ikan tenggiri. main beli je walaupun belum tahu nak masak apa.
kelas endodontic jam 8 sampai jam 11. terus bertolak ke jatinangor untuk ke lab melihat bayi-bayi yang hidup segan mati tak mahu (bacteria). jam 12.30 harus berjumpa doctor pembimbing tapi tak sempat. kesesakan lalulintas, sampai sana lebih kurang jam 1 petang. tunggu sampai jam 2. sambil tunggu, memproses bayi-bayi yang hidup segan mati tidak mahu itu.
sampailah jam 3 petang baru lah dapat berjumpa doktor pembimbing untuk diserahkan draft penuh penulisan thesis.
lalu pulang jam 330 petang. bas ke DipatiUkur (DU) seperti tiada. bas yang ke Elang ada sampai 3. tunggu punya tunggu, pakcik pemandu bas ke Elang bermurah hati mahu menghantar ke DipatiUkur (DU). tapi melihatkan orang yang ramai menunggu bas berpusu-pusu sehingga bas penuh hingga ada yang berdiri.
tak jadi, lebih baik menuggu di sebelah gerai air kelapa. yakin saja, pasti ada bas.
akhirnya bas ke DU sampai. alhamdulillah.
baru teringat kena masak. masa dalam bas baru google resepi menggunakan telefon sony ericson 508 yang juga hidup segan mati tak mahu tapi masih berguna di saat genting.
sampai saja rumah. jam 5 petang. perap fillet ikan dengan rempah ratus resepi rempah rahsia yang sudah tidak lagi rahsia dari google.
persiapkan diri, sambung memasak. hasilnya, steak ikan. sayur brokoli goreng. sambal telur. (bercampur aduk timur barat) hasil usaha 3 orang ahli kumpulan masak.
jam 6 waktu maghrib baru siap.
selesai makan dan persiapan diri, barulah hendak membelek-belek nota orthodontic untuk seminar minggu depan. ada diskusi dengan doktor esok.
dah lama tak ambil patient yang betul-betul. sebab tumpu pada thesis. jumpa patient yang full denture je. (itupun wax model full denture dah kecut. nampak sangat dah lama sangat tinggal clinic.)
berenergi sekali rasanya. dari mana datangnya semangat jika bukan dari Allah. sebenarnya kita boleh je bersemangat dalam satu hari jika ALlah nak beri semangat itu. boleh juga jika Allah tidak mahu beri kita semangat, bila bangun tidur terus dah rasa penat dan rasa malas sangat-sangat.
kena reset semula mindset. bukan sebab kita tidur awal atau cukup rehat yang buat kita bertenaga, tapi Allah yang nak beri tenaga itu. dan untuk ke arah itu, asbabnya adalah itu itu dan itu yang kita lakukan. dan yang menggerakkan kita juga ALlah dalam setiap perlakuan kita.
Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya (11:56)
sebab itu setiap hari kita, minta padaNya. sebab nikmat semngat dan energi dalam menghadapi hari-hari kita yang sukar pun dari DIa juga. dalam al ma'tsurat ada satu doa yang berbunyi : Ya ALlah, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah. Ya ALlah aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
selamat beramal
senyum :) (kredit)
No comments:
Post a Comment