8 Sept 2011

pengalaman

masa flight balik KL duduk sebelah tingkap, bersama cik I. berdebar juga, sapalah duduk sebelah nanti. tak sangka cik I. hujung sekali ada seorang pakcik yang tak dikenali. saya dan cik I bersembang lah tentang hidup sekarang dan tentang patient masing-masing sebab cik I belajar perubatan, bekerja di hospital department penyakit dalam. tengok orang mati dan sebagainya. mencabar sekali.

pakcik yang tak dikenali itu tetiba minta minuman (masa itu bulan ramadhan kan). peramugari beri segelas. pastu dia minta se tin. tetiba bau tajam air itu menusuk ke hidung. masa itu saya dan cik I dah berhenti bersembang. kami membaca al quran dan selang seli dengan tertidur.

rasa awkward bertambah awkward tetiba pakcik yang tidak dikenali menyelitkan air tin minuman yang berbau tajam di poket seat dan bangun dan menuju mungkin ke arah toilet. cik I mahu solat. pastu kan, minta peramugara tolong alihkan air yang berbau tajam dan menusuk hidung itu, tetiba air itu tertumpah dan terpercik-percik

*berpeluh-peluh*

akhirnya kami dapat tukar tempat lain dua orang saja bersebelahan.

masa balik ke sini balik, nak masuk tempat kastam imigrasi, tetiba stuck sebab orang kata ada orang mabuk buat hal.

cuba teka, pakcik yang tidak dikenali yang duduk di sebelah kami. naik flight yang sama lagi sekali. fuh fuh.

masa kisah flight yang pertama itu, tanya lah ayah dalam kereta sebab ayah yang jemput di KL central.

ayah, kalau kita terkena alkohol batal wuduk and sah solat tak?

itu saja laporan tentang perjalanan pergi dan balik dari bandung
sekian

nak buat thesis.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...