20 Sept 2011

optimis

menghadapi kehidupan sehari-hari pasti akan memaksa kita bertemu dengan orang yang sombong, sinis, sarkastik, ataupun sesuatu yang mampu menyebalkan, menyakitkan hati, membencikan dan boleh mengakibatkan hilangnya kesabaran dan ketakwaan diri.

namun, kerana itu, pesan murabbi, salah satu dari bekal daie adalah, daie itu harus yang paling lapang dadanya.

yang lapang dadanya yang optimis dengan Allah. tiada persangkaan-persangkaan negatif yang terpalit di minda mahupun hati.yang lapang dadanya, adalah yang bersih hatinya.

siapa tahu, orang yang paling menyebalkan itulah yang mengajarmu sesuatu dalam hidup.

abaikan kuku yang berwarna :p [kredit]

siapa tahu, mereka dihantar Allah untuk mengujimu.

tiada salah dalam melakukan kesalahan kerana dengan namanya belajar, ia sinonim dengan melakukan salah. maka, bersedialah melakukan kesalahan sekiranya kamu seorang pelajar.

'bersabarlah dengan kesabaran yang baik'

yakin dengan mencontohi akhlak Rasulullah. akhlak islamiyah, biarpun marah. kawallah dengan rasa malu. astaghfirullah. semoga Allah melindungi akhlak kita lebih-lebih lagi tuturkata kita. supaya tidak menimbulkan fitnah atas imej islam.

lau kaana bainana.. TT____________TT



p/s: terima kasih anda-anda yang menyebalkan, kerana mengajarkan aku erti kesabaran

4 comments:

Anonymous said...

T_T..moga Allah mengampunkan kita semua

Puding karamel said...

sangat suka kata2 kuku yg berwarna...
byk perkara yg blh kte plajari, sekiranya kita mbuka mata hati..

seperti qabil belajar dr burung gagak
seperti imam syafie yang belajar dari perompak
seperti masyitah si penyikat rambut yang belajar dari bayinya di tepi kawah menggelegak

tarbiyah yg datang dalam pelbagai bentuk
hanya sekiranya kita ingin memanfaatkannya

-the pessimist-
hohoho

arissa myana said...

setuju dgn puding karamel
(tak tahu since bila dh jdi tentera bersekutu bersama hehe)

mungkin susah, in the 1st place utk kita brsabar dan trima keadaan as it is...utk brhimah juga prlu masa dan pengalaman.

tpi inshaALLAH, kena ingat 1 bnda, dlm org yg bertenang tu, ada emas yg sangat perlu kita gali.

sbnarny nk ajak anda jdi org yg ada emas yg banyak dlm diri. masa ni, kdang-kala, jadi 'pending' tu membantu hehe **,

Allah huAKbar...
smoga Dia pegang kamu kuat2.
smoga Dia tunjukkn cara dn jalan utk kita smua trus ikhlas brbuat krn DIA ;)

mish u. love **,

Liyana said...

anonymus: allahumma ameen :,(

puding karamel: betul sangat2. tergantung pada kita untuk melihat dan menyelaminya kan. anda, sila optimis. hehe :p

muna: perlu duduk diam dan berfikir sebelum bertindak, but tak boleh fikir lebih-lebih sebab takut lead kepada negative thought.

rindu anda sangat2!!!

yang benar,
si comot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...