6 Sept 2011

lebaran

first thing first dapat tak graduate dengan sijil taqwa selepas berakhirnya ramadhan?


tahun ini merupakan tahun pertama berhari raya tanpa tok. tapi arwah tinggalkan banyak hasil tanaman yang buat rasa macam keberadaan arwah. seriusly, terasa macam arwah ada. sebenarnya beberapa hari sebelum balik, mimpi jumpa arwah. real habis sampai menangis betul-betul. tapi masa dalam mimpi tak ingat pun yang sebenarnya tok tak ada. bila bangun baru sedar.

sangat singkat cuti tahun ini. rasa berkejaran. yang paling ralat tak sempat jumpa kak D. serius frust. tapi satu benda yang saya ingat, jika kasih sayang kerasa Allah pasti akan jumpa lagi. sabar. ada something yang lagi best Allah susun lah itu.

hari itu jumpa cik arissa myana, pastu mengadu lah yang rasa macam raya buat rasa down sikit. actually banyak. -_-" sebab bizi makan dan berlebaran sampai mutabaah amal pun tak terjaga macam masa ramadhan. momentum ramadhan itu drop terus bila dah raya.

dah expect like maybe boleh down bila balik rumah. tapi sebenarnya tak boleh salahkan rumah, but diri sendiri yang tak tegas dengan diri sendiri.  

the best part is, cik arissa bermalam di rumah dan hantar kan sampai nak naik KLIA express. tak pernah bawa balik akhwat ke rumah. ini first time. kena kenalkan dengan family juga dengan siapa kita berkawan dan kawan itu kan cermin.

kredit
alhamdulillah dah sampai bandung semalam. homesick lah juga sebab mak dengan ayah baik sangat-sangat. (walhal selalu memang baik). kali ini rasa macam kasih sayang itu bertambah-tambah. rasa macam nak cepat-cepat graduate

cakap pasal graduate, stress juga sebab bila jumpa orang je semua tanya, bila habis belajar. jawapan: "insyaAllah tahun depan kalau dipermudahkan. doakan ye".

masa open house hari itu, jumpa kawan-kawan lama. semua dah banyak berubah. ramai dah habis belajar, kahwin, bertunang, kerja, buat master.

okay itu saja laporan lebaran tahun ini.

kembali kepada kerja KITA

2 comments:

anis said...

yana!

lamanya tak singgah sini.wawaaaa
frust jugak x sempat jumpa yana.tapi Dia lebih tahu kan.

mesti dah hug cik arissa puas-puas ey?hihi.moga ukhwah myana berdua ni kekal sampai sorga Dia inshaAllah ^^

Liyana said...

anis!

assif jiddan tak sempat nak jumpa. kalut sangat waktu tu. jumpa muna pun saat2 last.

mungkin ada time yang lebih sesuai untuk kita jumpa. insyaALLAH

selamat hari raya anis, meh peluk kuat2! xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...