23 Aug 2011

pesanan buat sang ukhti


"Wahai ukhti yang disayangi,
jagalah hatimu wahai saudari,
kerana hati itu mahal sekali,
pagari ia tinggi-tinggi,
jangan biar ia dicerobohi,
oleh rasa yang datang tanpa disedari,
oleh insan yang bernama lelaki.

Wahai ukhti yang disayangi,
jangan mudah memberi hati,
jangan mudah mengungkap janji,
jangan murahkan harga diri,
pada dia yang bernama lelaki.

Ketahuilah wahai ukhti,
bila hati sudah dicemari,
dosa tiada terkesan dihati,
maksiat mula sebati dalam diri,
hati mula mengeras hilang sensitiviti,
baca Al Quran rasa berat sekali,
kemajlis ilmu malas sekali.

Ketahuilah wahai ukhti,
kelak kamu yang makan hati,
kelak kamu yang merana sendiri,
kerana hati itu sudah jauh dari Illahi,
kerana rasa itu Allah tidak redhai,
kerana rasa itu cuma dibalut nafsu hati.

Wahai ukhti yang disayangi,
jadilah seperti Khadijah,
cintanya agung, menjadi kesayangan Rasulullah.
jadilah seperti Aisyah,
seorang yang bijak, pendamping setia Rasulullah.
jadilah seperti Fatimah,
rasa cintanya terhadap Ali dirahsia,
   
hingga mereka disatukan oleh Allah."

~sidratul muntaha~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...