2 Aug 2011

masa


beberapa minggu lepas seorang akhwat dari Msia yang ada urusan disini yang baru saja kukenali. tidur di rumahku. aku masih ingat soalannya.

"dah berapa lama yana join tarbiyah"

-_-"

macam lama.

tapi tak terlalu lama. aku akui memang perubahan yang aku lalui sangat perlahan dan lambat berbanding adik-adik.
lihat saja mereka. selepas dapat ISK, SH melompat-lompat bekerja untuk menyampaikan islam dan dari tidak bertudung ke bertudung dan sekarang, ada yang lebih labuh dari kakak-kakak.

semangat mereka ini sama macam semangat kita-kita dulu yang baru dapat sentuhan. apa yang aku perhatikan, lama kelamaan semangat itu akan semakin pudar. dan memang betul, orang yang betul-betul mantap dan hebat adalah orang yang boleh kekal dan istiqamah.

dan kerana itu, kita berkongsi semangat yang ada pada adik-adik. recall semula kita yang dulu-dulu.

berbalik kepada soalan akhwat Msia tadi. bagaimana kalau apa yang kita ada sekarang tidak setimpal dengan tempoh tarbiyah yang kita lalui. tahap kefahaman kita tidak selari dengan masa yang kita dah tempuhi. itu yang aku rasai sendiri.

kagum dengan orang-orang yang berlari cepat. berubah dengan cepat. matang dengan cepat. kagum dengan kakak-kakak mendidik mereka.

aku masih ingat ketika mereka masih baru. semuanya sangat fresh. baru. sekarang, sangat matang. aku masih ingat  ketika aku berada di zilal (nama rumah) bersiap untuk pulang ke bandung. aku terdengar perbincangan mereka tentang rumah mereka yang baru, untuk buat RI. rasa macam.... dah besar adik-adik. dah boleh bincang tentang rumah. bagaimana uruskan pembentukan rumah islam. uruskan semuanya sendiri.

subhanallah..

dan inilah cantiknya hidayah Allah
cantiknya dakwah dan tarbiyah.

kadang-kadang kena berkongsi dengan adik-adik yang semangat. mungkin boleh boost kembali semangat kita dulu.
dan yang paling penting adalah doa dan tidak pernah berhenti bekerja untuk islam

semoga ramadhan kali ini benar-benar beri titik perubahan yang lebih mantap berbanding sebelum ini insyaALLAH

masa tak pernah berhenti. kita saja yang berjalan seiring dengannya atau ketinggalan. waktuku semakin suntuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...