6 Jun 2011

update

pagi ini ada diskusi complex case dengan dr N. tiba-tiba ibu L sms nak datang treatment. kena arrange perjumpaan dengannya jam 9 pagi sebelum dr N datang klinik. tiba-tiba W sms ada meeting dengan dr W untuk thesis. jam 11-12 dan tengah hari seharusnya diskusi untuk full denture dengan dr L untuk ibu E. ibu E sudah bertanya-tanya bila gigi palsunya akan siap.

belum study untuk semuanya

petang mahu ke lab 'jeruk' (ya, memang nama lab itu jeruk sebab lokasi dekat jalan jeruk. jeruk itu maksudnya limau) ambil retainer kak F

jam 2 mahu jumpa ex yellowhousemate.

tak tahu sempat atau tak. tak tahu mana prioritynya atau mana yang harus dikorbankan
boleh saja diri sendiri yang terkorban
penyusunan masa perlu seni kan
harus belajar berseni

oh ya, hujung minggu lepas berjaulah dengan mereka.
ada sedikit kelainan jaulah kali ini.
perkongsian di tepi pantai tempoh hari begitu berbekas di hati
sampai kini

mahu tempel gambar di sini.
mungkin nanti.
fuh.

--------------------------------------------------------

update

sampai saja, rawat ibu L sementara tunggu dr N datang klinik untuk diskusi complex case. tetiba TW iaitu rakan sediskusi tertinggal status patientnnya di rumah dan terpaksa buat besoknya jam 1 petang. sambung semula rawat ibu L, tetiba dr W sms yang beliau tidak sihat dan terpaksa meeting besoknya juga jam 11 pagi. petang itu sepatutnya diskusi untuk full denture ibu E dengan dr L. tetiba dr L ada diskusi dengan orang lain pula.

terus ke lab jeruk dan pergi ke kartikasari bersosial dengan ex-yellowhousemate. ha

kesimpulannya tiga diskusi dibatalkan.

--------------------------

update 7 juni 2011

jam 830 pagi betulkan retainer kak F dan dicuba di dalam mulut.

selesaikan status root planing untuk petient pak N. pak N bawa anaknya yang comel.

kedua-dua dr N dan dr W mahu berdiskusi waktu yang sama iaitu jam 12. terpaksa membelah badan menjadi dua dan pergi kedua-dua tempat diskusi. dan berjaya menyelesaikan semua perkara yang tidak settle setelah beberapa hari

tak.

pergi jumpa dr W. sebab beliau jarang berada di bandung. banyak kesilapan dan penulisan thesis kena betulkan lagi. complex case pospone esoknya.

ha.

ha.

semua orang suka menyusun dan merancang. akhirnya, yang berlaku di tetapkan orang pencipta segala susunan dan segala perancangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...