9 Jun 2011

pelik


cantik.
siapa yang gariskan sesuatu kecantikan itu. terutamanya, istilah cantik bagi manusia. contohnya, kurus itu cantik. siapa yang tetapkan kurus itu cantik. bila semua orang menganggap kurus itu cantik, maka semua orang yang mengikuti perkembangan dunia sekarang mahu kurus. terlalu ingin kurus. nak yang curvy, dan saiz mengikut ukuran tertentu.

maka wujudlah penyakit psyco seperti aneroxia dan bulimia. (tapi tak nak cakap tentang ini sebab bukan ahli  dalam bidang ini. cuma pernah terbaca kisah orang bulimia dan aneroxia.) tak selesa dengan badan sendiri dan rasa down habis bila berat bertambah.

dan oleh sebab itu juga, wujud produk-produk untuk kurus, baju-baju yang shape untuk nampak kurus dan sebagainya. mengubah diri dengan pelbagai cara untuk jadi 'cantik'.

i mean kenapa berbadan besar tapi tak kurus tapi sihat. tak semua memilih itu. no. im not against it. tak bangkang pun semua itu, dari sekolah dulu, sama saja dengan orang lain. perempuan kan. concern tentang perkara-perkara macam ini.

sebenarnya terfikir, dari mana datangnya kawalan pemikiran seperti ini. macam terlalu banyak benda-benda yang tak berada seperti yang sepatutnya.

contohnya, penggunaan floride dalam ubat gigi. sedangkan belajar kesannya boleh menyebabkan kanser tapi kenapa masih lagi diwar-warkan dan diperluaskan di pasaran.

macam dalam iklan mouthrinse, beria-ia mengsyorkan penggunaannya setiap hari selepas gosok gigi, walhal, cecair itu boleh sebabkan iritasi pada gusi kalau guna secara kerap.

satu hari ternampak lori kedai roti, sangat pelik iklan di badan lori tersebut. gambar wanita pan asia, bertopikan roti dan badan penuh roti tapi terdedah bahunya. macam pakaian roti mungkin.

i mean....

tak make sense langsung.

apa kaitan wanita 'cantik' dengan roti dan pakaian yang so called pakaian itu dengan roti.

seriusly tak faham. cuma pelik.

mungkin semua ini berlaku secara tak sengaja.
tapi sogokan pemikiran apakah ini semua.
dari mana datangnya pemikiran macam ni

yang terfikir sekarang. macam semua ini merupakan satu arus yang diikuti oleh semua orang hinggakan pandangan juga lebih kurang sama macam satu dokterin dan orang tahu tapi macam tak sedar.

sorry. hanya terfikir. tapi benda ini semua buat rasa pelik. kut
pernah terfikir?

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala keppadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. (47:36)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...