seperti aku meronta-ronta mahu keluar dari jasadku ini
aku mahu hati yang baru
cinta pada bunga, bunga pasti akan layu [kredit gambar]
betapa aku inginkan senyuman secerah bunga matahari
dalam masa yang sama aku terlalu inginkan tangis seperti embunan dini hari
cinta pada manusia, manusia pasti akan mati [kredit gambar]
"kita harus sentiasa memberi nasihat berhikmah, tapi kita tidak boleh berharap pada nasihat berhikmah. ia ego"
dan Dia sering menasihati sesiapa saja mengikut kehendakNya. mungkin melalui sesiapa saja disekelilingmu
mungkin kau kurang berdoa
dan mungkin saja kau kurang mengambil pengajaran
dan bila kau mulai takut akan bayang sendiri
boleh saja akalmu siuman, namun semangatmu yang menggila
p/s: terlalu ingin meluahkan sesuatu dan aku bukan bermain bahasa
No comments:
Post a Comment