4 May 2011

semalam aku bermimpi


semalam aku bermimpi...tentang kematian

kematianku. latarnya tidak tersusun. bermula dengan hari akhir.

pada hari pengakhirannya, setiap anggota di soal dan mulut ditutup rapat. segala aib di buka. terang-terangan dihadapan Pencipta.

mata meluahkan segala yang pernah dilihat. SEGALA-GALANYA!

dengan sengaja atau tidak.

aku malu

tangan dan jari jemariku. membuka segala rahsia yang pernah diperbuat.

yang sia-sia atau berguna

dan anggota lainnya. ah, terlalu banyak. hanya ini saja yang kugagahi juga menulis di sini. tak dapat aku bayangkan betapa segala apa yang aku perbuat di sepanjang hidupku di dunia ditayang semula.

tiba-tiba segalanya gelap. aku masih di ruang sempit berdinding tanah. takut membelenggu diri yang pada ketika itu, aku tahu, pasti malaikat mungkar dan nakir yang bila masa saja akan datang menyoal.
jika di masa hidup, kita boleh menipu apa yang kita rasa. tidak mungkin ketika itu kita bisa menipu lagi.
segalanya di hati akan jelas terjawab. aku tak tahu apa yang aku harus jawab nanti.

pastinya tiada lagi rahsia...
tiada jawapan mengikut aturan...

masih hitam gelita dan sunyi

sepi

mataku terbuka

aku masih di bilik kecilku, benafas. terus aku berwuduk.

mimpi apakah ini?


fikirkan kembali...dunia sekarang terlalu terbuka...massa yang tiada batasan. hanya dengan mengetik menggunakan jari. dunia tanpa sempadan. TV, internet, segalanya di hujung jari. semua orang bebas melantangkan suara di mana-mana

penipuan dan kebenaran belumba seiring menuntut kepercayaan kita..

jika mata, tak dapat ditutup lagi dengan pandangan yang halal ataupun tidak. apa yang aku lihat sehari-hari.

tangan, klik apa saja di lappy yang boleh membawa kita keseluruh dunia. menonton apa saja yang kita suka

kaki, kemana saja di bawanya jasad kita,
untuk berbakti atau untuk yang tidak berguna

mulut.
yang ini, memang anggota paling mudah yang boleh bawa kita ke syurga mahupun neraka
berkata kan mudah
cuma isinya, adakah umpatan kejian atau nista, ataupun kata-kata berhikmah

akalku, hanya berfikir memenuhi dengan ilmu-ilmu dunia. jika penat, ku sogok dengan perkara-perkara lagha yang tenangnya hanya sementara.

beginikan cara hidup seorang muslim?

bila muhasabah semula. terasa jahat sangat setiap anggotaku! apakah khidmatnya sudah cukup membawa ku ke syurga ataupun sebaliknya? tidak, bukan anggotaku yang jahat, tapi aku. aku yang mengaturnya. apa segalanya yang dilakukan hanya untuk Allah. hanya untuk redhaNya dan tiada sebab lain?

ilmu yang aku sedang tuntut, apa cukup untuk menyokongku ke jalan yang lebih baik kelak?
aku tak pasti, apa sudah cukup beramal dengannya

dan

jika segala dosaku berbau, pasti aku di halau penduduk dunia kerana busuknya bau dosa-dosaku

dan

jika dosa itu boleh terserlah di wajah.. sudah pasti aku akan di jauhi penduduk dunia kerana terlalu hodohnya diriku..tidak sanggup melihatnya.

bagaimana jika segalanya terlambat kerana aku terlalu bertangguh untuk muhasabah dan melakukan kebaikan atas diriku sendiri. setiap anggota aku lakukan sesukaku

aku kadang-kadang ingat dan lupa  matlamat hidup di dunia ini hanya untuk berkhidmat kepada Penciptaku. segalanya aku lakukan sesukaku. bilamana penyakit futur hinggap di hati, aku hiasi lagi kefuturan itu dengan bertanguh-bertangguh. aku sangkakan cita-citaku adalah matlamat terbesar dalam hidupku. dan aku hanya bertangguh tentang urusan akhiratku. cita-cita dunia aku dahulukan. enak dan selesa berada di zon selesa.

bagaimana jika malam ini, tidurku adalah tidur yang buat selamanya.

bagaimana jika segalanya telah terlambat.
tiada lagi peluangku muhasabah dan berfikir
tiada masa untuk berfikir layakkah aku atau tidak..
aku kuatkah atau tidak..

bagaimana pula tentang perkara-perkara yang aku tahu salah tapi aku masih perbuat?
apa aku seorang munafiq?
astaghfirullahala'zim...

dan yang paling aku takuti..

ialah apabila orang-orang lain yang berada di sekelilingku, walaupun sesaat berselisih denganku, menuntut haknya.
bukan saja mereka, malah orang-orang terdekat. keluargaku, sahabat handaiku..

haknya untuk mengetahui kebenaran, tapi aku simpan sendiri
haknya untuk tahu tentang islam tapi aku tidak kongsikan kepadanya
dan kerana ini, aku terlempar di neraka sana
nauzbillah

bukankah itu tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.
sebagai khalifah, memakmurkan dunia, berkongsi apa saja kebenaran yang kita tahu
walaupun hanya sepotong ayat? sepotong al quran yang kita yakin dan percaya.

ya, memang aku bencikan kemaksiatan, aku bencikan kejahatan, namun aku belum cukup kuat menentangnya.

tanggungjwab terlalu banyak, dan masaku terlalu singkat, tapi aku masih berlengah-lengah

bagaimana jika

saat ini adalah saat-saat terakhirku di sini..

lahir seorang manusia, kembalinya manusia pasti kepada Penciptanya
segala anggota akan menjadi saksi segala perbuatan

mimpi apakah ini?

nyah segala angan-angan..

2 comments:

arissa myana said...

astaghfirullah alAziim...

mimpi anda mengundang hikmah yang begitu banyak kepada saya yang membaca. Allah huAKbar...

semoga kita tidak tergolong dlm golongan orang2 yang lengah

Liyana said...

allahumma ameeen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...